Khamis, 2 April 2020

TIPS? / PENGALAMAN INTERVIEW KERAJAAN W19 DAN N19

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Xtau sebenarnye nak tulis entri ni atau tidak, tapi bila ramai tnya rasa bersalah dah. Hahha. Saya akan cerita pengalaman saya je dan jika korang rasa x releven x mengapa. Jangan marah pulop yer. Saya akan kongsikan pengalaman saya sebagai seorang rakan kepada rakan yang lain. Jadi, pelik sikit la entri nie. Alhamdulillah, saya lulus kedua2 interview dan ditawarkan pekerjaan nie yer. Sebab tu saya kongsikan apa yang jadi nie.

Tahun 2017 May, saya dah isi borang SPA online dan pada Oktober 2017, saya terima email untuk menghadiri temuduga bagi jawatan pembantu tadbir kewangan dan juga pembantu tadbir operasi (PTKEW W19/PTPO N19) pada bulan November. Ini adalah kali  pertama saya isi dan hadiri temuduga ni jadi saya x banyak pengalaman sangat. Permohonan SPA nie valid setahun je , dah habis setahun isi balik atau update. Masyehhh...

 Sekarang dah kena jawab exam online dulu yer sebelum dipanggil temuduga. Saya dah pernah isikan exam ni ( untuk kawan ) dan pernah dapat dua2 jenis keputusan. Lulus dan Gagal. hahha... Padahal jawab sama je, mungkin lebih kepada nasib kut. Sila la doa banyak2. Ada dua exam ( Bahasa Inggeris dan Matematik ). Bahasa Inggeris dan Matematik kedua duanya lebih kepada pemahaman soalan yer.

Anyway, jump straight to interview.
Kedua dua interview saya bawak fail resume yang sama. Fail saya sangat la simple, tidak fancy dan banyak style. Hahha. Pakai word je nie. Fail tu saya susun seperti mana yang viral n dah banyak perkongsian dari org lain. Saya x masukkan sebab nanti lagi panjang pulak post nie. Hihhi. Jangan risau sebab nanti before interview akan ada tukang check fail dan betulkan penyusunan fail kita jika salah.

CHOOSE YOUR OUTFIT WISELY
Cara pemakaian penting sebab pemakaian nie yang akan beri good first impression. Jangan pakai banyak kaler dalam satu set persalinan diri tu. Combine 2-3 colors is good enough and pleasing to the eyes. Saya selalu pilih warna biru, hitam, dan pastel. Solekan juga nipis dan natural. Semua ni saya pilih untuk membuatkan saya seperti mudah didekati dan mesra. Untuk perempuan, No Clacking Heels. Pakai yang biasa with 1-2 inch heels bertutup warna gelap. Disarankan pakai design beg yang keras x terlalu besar atau kecil. Sebab kita nak mudahkan diri ni, nak pegang dua barang ( satu sijil dan satu lagi beg ). Beg tu jugak kita kena letak kat lantai jadi kalau beg lembik nampak x kemas gitu. Huu. Jangan lupa tag nama jugak yer.

CONFIDENT
Nie je yang paling penting sebenarnya. Bila first masuk bilik, ketuk dan bagi salam. Sila senyum. Jangan senyum lebar senyum kambing tu, senyum manis please. Practice yourself in front of the mirror. Saya praktis banyak kali bab ni sebab biasa la. Nak lulus dapat keja oii.. Hihhi. Bagi sijil, salam dengan sama jantina. bab salam pun satu. Kalau salam, salam dengan kemas. Jangan genggam erat pulak. Tapi jangan la salam mcm salam raya tu. Salam kemas, pandang mata dan senyum. Saya sempat baca nama jadi saya siap pakej sebut nama dye sekali.. Hahha...

Duduk pulak kena sopan, no crossing leg, no back hunching. Straight tapi jangan duduk mcm askar. Duduk dengan selesa la yer. Baru la letak beg kat sisi dan tangan di peha. Tangan jangan kaku di peha pulak waktu tgah jawab soalan. Guna sebelah tangan untuk accentuate bila perlu di waktu jawab soalan. Gerakkan tangan tu kalau kaku nampak mcm nervous. Huu

Kedua dua interview dimulakan dengan perkenalkan diri. Nie penting, sebab first dia nak tengok personaliti kita. Tadi baru bagi first impression, nie lak untuk dye decide nak amik keja ke tidak. Hahha.
So, saya jawab soalan nie dengan kenalkan diri tapi bukan dengan details yang dia boleh dapat dalam fail resume tu sahaja, saya tambah dengan extra info. Nie contoh saya:

Saya Ninie berumur...berasal....Saya telah menamatkan pengajian dengan....di jurusan... Saya merupakan seorang Uber driver ( waktu tu saya jobless bawak uber je baru pas study) alhamdulillah pendapatan okay ......bla bla.. tapi semestinya sekarang saya sentiasa mencari peluang pekerjaan yang kukuh......

 Saya appeal diri saya sebagai seorang Uber driver/ cari duit bukan duduk saja/ kalau x pun cerita apa yang awak buat untuk tingkatkan diri. Jadi di sini saya tekankan untuk appeal diri awak tunjuk yang awak berdikari, boleh cari makan, x putus asa, jenis yang berusaha. Mereka kemungkinan besar akan lebih berminat jika cerita awak / cara kenalkan diri awak lain dari calon yang lain. Ni nak bg dia ingat diri kita sebenarnye sebab akan banyak calon yang lain. Jangan gagap, gerakkan tangan,dan  pandang mata penemuduga.

Kedua-dua interview ada tanya soalan isu semasa. Nie soalan penjerat. Bila jawab satu isu semasa tu, pastikan awak tahu / arif pasal isu tu. Sebab dia akan tanya lebih lagi pasal isu yang disebutkan. Contoh, saya jawab mengenai bajet 2018. Maklumla, saya interview tu bulan November yer jadi memang tgah hangat la waktu tu. Dia tanya dengan lebih mendalam lagi isu tu, contohnya ape yang dibentangkan. Saya jawab beserta ulasan/ pandangan saya sekali mengenai isu tu. Makes sure isu tu positif dan awak setuju la yer. Jangan x setuju lak dengan bajet n bangkang kerajaan. Krik krikkk nanti. Hihhi

Mereka juga tanya job scope yang kita apply ni. Yang tu memang wajib kena tahu. Jangan hafal jawapan, better untuk fahamkan kerja tu yer. Pun sama, mereka akan tanya dengan lebih details.

Bagi PTPO interview, mereka tanya barisan menteri kita. Sila hafal menteri utama kita yer. Bagi PTKEW, lebih pada pemahaman jobscope sebab ptkew kan spesific sikit kerja nya.

Ape jadi jika kita x tahu jawapan yang disoal. Contoh: Boleh jelaskan apa itu integriti? Jangan jawab saya x tahu dan garu kepala. Jawab saya tidak pasti, saya pernah dengar namun x faham atau  xpasti definisinya berdasarkan kamus. Saya akan semak selesai temuduga ini. Maaf. Gitew, tunjukkan kita ada effort untuk belajar. Kalau mood dia elok, boleh usulkan dengan Boleh tuan jelaskan? Selalunya penemuduga akan bagitahu. Saya dalam dua2 interview, jika ada yang xpasti, penemuduga berbaik hati terangkan pada saya, alhamdulillah.

Bagi saya, jawab soalan dengan pandang mata, be confident dengan setiap pertuturan, jangan kaku dan gugup. Tunjukkan yang anda boleh jadi seorang penjawat awam yang baik, in sha Allah jika ada rezeki x kemana. Seusai temuduga, bangun ambil beg, sijil, salam, dan keluar. Keluar waktu tutup pintu, hadap pintu tu senyum dan tunduk ( angguk ) sebelum tutup pintu. Nie penemuduga (bos) saya bagitahu ramai keluar bontot menghadap mcm xpuas hati. hahha.. Saya sampaikan je yer.. Jangan keluar mengundur lak yer, abis la........Hiihhhii

Akhir sekali, doa. Sesungguhnya semua rezeki dan aturan hidup ditentukan oleh-Nya.

Saya lepas kedua dua interview, tetapi saya pilih PT Kew W19. Saya doakan anda semua dipermudahkan urusan yer.. Assalamualaikum dan Bye!!!

PENGALAMAN BELI RUMAH UNDERCON- PART 1 ( APPLY LOAN RUMAH )

Assalamualaikum semua.. Xtau bg salam kat sape but yeah.. here I am selepas 3 tahun blog nie kumpul sarang labah2.. This entry probably akan amik masa lama gila dan byak part tpi tujuan tulis entry nie untuk rujukan kawan2 n rujukan diri sendiri..LoL

Neway, awal tahun 2020 dan kami suami isteri decide untuk beli rumah memandangkan kami akan mencecah umur 30 tahun x lama lagi(tahun depan je) dan juga loan kereta yang akan habis.So,better sambung trus dengan loan rumah kan.. Kui kui kui....disarankan juga kalau mampu ,beli la awal2. Igt yer, jangan beli rumah sebab trend. Saya beli before umo 30 sebab nak kejar 35 tahun loan tenure..  Disebabkan kereta bakal habis hujung Tahun 2021, so we decide utk beli rumah undercon wif estimated siap Tahun 2021 atau better 2022..
Saya decide perbelanjaan saya dengan berpandukan gambar rajah ni.




Saja nak ingatkan downside beli undercon nie kita kena bayar progress payment walaupun xdapat kunci lagi yer. Mcm skrg, rumah saya di peringkat 55% siap, jadi kena bayar progress 55% ler. Ada cara kiraan dia nnt. Untuk details boleh tanya panel bank nanti atau agent pemaju tu. Tapi bukan loan llus terus kena bayar. Makan masa berbulan juga. Jadi bila nak beli rumah, masukkan sekali perbelanjaan progress payment ni dalam bajet bulanan. Tu jela yang sakit sikit sebab kena bayar dua rumah kan. Chaiyok chaiyokk...

Maka bulan Februari bermula la house hunting dan akhirnya after a tiring appointment and messaging wif agent property, kami berkenan dgn rumah Semi-D di Salak Tinggi. Pakej yang ditawarkan pun x membebankan kami ( kalau boleh nk zero entry cost ) , jadi kami bayar booking RM1000 sbg tanda jadi. Pakej ni yang org muda selalu amik sbb bukan ade byak duit cash kat tgn kan...

  • 10% rebate ( bermaksud xyah bayar kalau loan lulus). Bank akan bg maksimum 90% loan yer untuk rumah pertama. LPPSA je yg 100% . Jadi kat sini saya xyah sediakan duit deposit sebab dapat rebate. 
  • Legal fees ditanggung sepenuhnya. Igt yer kita ade dua lawyer untuk deal waktu pembelian rumah. Saya pun baru tahu bab ni. Hahha. Ade lawyer bank (uruskan pinjaman) dan juga lawyer pemaju (uruskan pembelian rumah). Jika pemaju offer utk tanggung dua2 lawyer, mksdnye kita akan pakai panel lawyer dari pemaju. Take note bila buat loan nanti untuk bgtau orang bank tu kita nak pakai lawyer pemaju atau nak senang terus pakai orang bank yang disediakan oleh pemaju. Gitteww...
  • Duti setem ditanggung oleh pemaju. Mahal ui kalau nk bayar sendiri..
Saya dan suami decide pada rumah Semi-D, berstatus freehold, tetapi rezab Melayu. Malas nak tulis detail sbb skrg nk fokus loan. Hahha. 

Bila da sign dan bayar booking rumah RM1000, kita akan dapat satu salinan booking form. Dengan booking form ni, kita boleh apply loan rumah dekat bank. Pergi lah kami usha bank mana yang boleh bagi interest yang paling rendah. Antara dokumen yang perlu disediakan ialah:
  1. Salinan IC ( Kalau gabung loan, salinan suami dan isteri yer )
  2. Booking form. ( Bagi muka depan je yang tulis nama projek, lokasi, dan harga rumah yang didaftarkan /SnP. Jgn bgi yang tulis harga lepas tolak rebate lak. Kang elok2 dapat 90% loan jadi 80% loan pulak. Hihhi
  3. Penyata gaji 3 bulan hingga 6 bulan.
  4. Bank statement selama 3-6 bulan (bank gaji masuk yer). Bergantung pada bank sebenarnya. Selalunya bank minta 3 bulan kalau gaji tetap dan 6 bulan kalau kita ada OT membuatkan gaji x sama setiap bulan.
  5. EA form ( Boleh mintak kat majikan ). Ni prove kita bayar cukai pendapatan sebenarnya yg dari majikan (tolak gaji tuh)
  6. Penyata EPF. Sekarang kan dah ada i-KWSP. Boleh ambil complete statement dari situ je untuk tahun semasa dan tahun sebelum. Xyah susah2 g pejabat KWSP dah. Macam dalam kes saya, tahun 2019 dan tahun 2020.
  7. Kalau rasa x strong, kita boleh sertakan lagi penyata saving backup cth ASB / Tabung Haji. Saya x sertakan pun sbb bank cakap da cukup. Hihhi
p/s:  Scoring depends heavily on CCRIS yer. Jadi, bayarlah loan tu on time. Kalau boleh setahun nk beli rumah tu, cantikkan pembayaran loan kita supaya x tersangkut. Makes sure juga kita da kerja dgn current company dalam 2 tahun yer. Kalau baru kerja ni, bank xnampak kita strong n selalu jump keja. Dia akan tanya semua termasuk education level. Lagi cantik scoring, lagi rendah interest.

Saya buat set ni banyak2 dan hantar ke bank pilihan saya. Dalam masa seminggu ke dua minggu masa yang diambil untuk permohonan loan ni. Jangan risau untuk hantar ke banyak bank (3-4 bank cukup da). Kita bukan jadi terus nak ambil ngan bank tu, ni cuma untuk survey harga interest je. Alhamdulillah lepas semua loan saya cuma interest yang ditawarkan semuanya berbeza. Bank akan keluarkan Offer Letter dan waktu ni baru la kita decide nak amik dengan bank yang mana satu.

Akhirnya saya decide untuk ambil dgn Maybank. Loan yang ditawarkan pada mulanya dengan interest 4.25%. Tapi saya appeal dengan akak bank tu untuk rendahkan lagi. Dan seminggu kemudian, saya dikhabarkan bahawa saya boleh dapat loan dengan interest 4%. Jadi, bila setuju akak tu ambil masa another week untuk siapkan Offer Letter yang baru dengan harga yang dipersetujui.

Semua nie ambil masa 3 minggu dari tarikh saya letak duit booking. Jangan risau kalau kita ambil masa lama untuk loan nie nak lulus. Sebab x semua bank buat kerja cepat. Huu. Janji kita ada buat effort untuk carik loan rumah, pemaju x akan marah. Saya tanya jugak la agent pemaju mane tahu ada timeline yang saya kena adhere. Dia cakap janji ade effort. Jangan la senyap je liat nak hantar dokumen kat bank ape semua. Hokkay...

Dah settle sign Offer Letter, boleh la ambil copy tu dan hantar ke agent pemaju menandakan loan kita da approve. Now, saya tgah tunggu lawyer pemaju pulak untuk settlekan dan siapkan dokumen SnP dan lain2.

Sekarang semua on hold sbb negara dah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin lambat lagi la kut nak settle. Tapi rest assured, da ada progress saya upload lagi yer.. Terima kasih n happy hunting! Semoga kita semua dipermudahkan untuk membeli aset. Bye! Assalamualaikum.

Part 2 is here!



Sabtu, 1 April 2017

REVIEW: Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash


Assalamualaikum.... Kali nie ninie nk review tentang sabun pembersih intim wanita nieyh.... 

Sebagai seorang perempuan, kita tak akan pernah lari dari masalah yang melibatkan bahagian intim kita xkira kegatalan, keputihan atau kering sampai menggelupas... huhu... Dulu kita tidak disarankan untuk menggunakan sabun pembersih wanita kerana ia boleh mnyebabkan kuman membiak thus lead to vaginal infection. Tapi sekarang, da keluar guidelines baru yang menyarankan agar wanita menggunakan sabun yang ssuai untuk bahagian intim kita.Jangan ler hentam keromo pakai sabun mandi atau shampoo rambut yer.. Psssst: saya da tanya doktor yer, so jangan risau... ihhik.... Sekarang kebanyakan sabun mengikuti keasidan bahagian intim kita agar is sesuai dan tidak menyebabkan kekeringan.... xsilap saya doktor ckap 3.5 smpai 5 pH dye.. xigt doh... huhu

Banyak gak yg ninie da cuba dari Sumber Ayu ( sebab murah ), Lactacyd, sampai la akhirnye melekat kat Cosmoderm nieyh... Cosmoderm feminine hygiene wash nie ad dua, satu manjakani aktif yang kaler pink ( nini try yg nie ), dan satu lagi soothing feminine hygiene wash ( yang kaler kuning ade gamba bunga chamomile tuh ).. yang pink nie mahal sikit dari kuning ... harga lak berbeza mengikut farmasi... kalau guardian atau watson ade yang jual rm16-rm17.. tapi nini beli kat aeon wellness rm18 sbb da abis kat tempat lain! huhuhu... anyway, diowang kata pink nie lebih untuk owang yang da kawen manakala kuning pulak untuk yang menghadapi masalah bahagian intim... well, saya nak kawen.. hahha.. so, beli ler yang pink sbb dulu waktu try kat uma kawan kaler pink... rse best pulakk.. ihhi..

So, macam mana produk nie?

Besssssttttt giler! Da tak tau nak cakap mcm mne sebab mmg ninie puas hati sangat pakai produk nie... Antara claim yang produk nie bagi ialah :

1. Meredakan irritasi 
Yup... betul! Pernah pakai waktu ninie menghadapi masalah kering sampai mnyebabkan kegatalan... sebab kulit terlalu kering... Tapi bila pakai sabun nie secara konsisten, lega rasenye... dan tak lama kemudian, elok dah.. Tapi xlah dengan sekali pakai je yuk..... dlam 2 ari mcm tu ler.... Yang penting, gunakan secara konsisten....

2. Nyaman dan harum sepanjang hari
Okay, yang nie be realistic ler kan... xde lah sepanjang hari pown... tapi!! bab nyaman dan harum tu betul.... hahha... sejuk je pakai,   rase best je,   rase bersih je,   rse wangi je.....  terus confident you bawah kite tu memang bersih...! buih yang dikeluarkan pown banyak tak seperti sesetengah produk yang macam air and rase mcm basuh dengan air jeq... huhu.... Bile pakai sabun nie, da ruper mcm shampoo kat bwah... oppss... 

3. Mencerahkan kulit
Hurmm.... yang nie xtau nk komen mcm mne.... No komen bole? ihhi... ninie da gune selama 4 bulan secara berterusan, ntah la... xtau la makin cerah ke idak.... biasa je... tapi dye memang tulis pown dengan penggunaan berterusan... xdelah pulak cakap berterusan tu sampai bape lama... 

Akhir sekali, 
4. Sesuai untuk pengantin baru dan ibu bersalin
Ahha!!! apa maksudnye tuh? Dia xdelah tulis kat sini tapi rsenye lah mungkin dye pown ada fungsi untuk memulihkan luka/ tidak kasar pada luka/ mengetatkan ehem ehemmm..... saya tak berapa pasti ,tapi antara bahan yang di'highlightkan' ialah manjakani aktif tulen yang memang femes untuk memulihkan mengetatkan watnot.. alah, yang banyak jamu jual untuk ketat2 tu kebanyakannye kan ada manjakani...Tapi, disebabkn ninie nie xkawen ag, xtau ler ketat ke idok.... maap la yer....

Akhir kata, kalau anda tengah pikir mana sabun pembersih wanita yang bagus... Cuba la yang nie... walaupown harga dye up sikit, tapi dye banyak.. nie pown xabis ag walaupown da 4 bulan.. hahha..

 This item is fully recommended and suggested by me.... okkay my ladies.... bye!

Khamis, 23 Mac 2017

Review: Revlon Colorstay 24Hr Foundation

Assalamualaikum..... Harini ninie nak cerita sikit tentang foundation Revlon, mnjadik ke idak, berbaloi ke idak.....

Sebagai seorang yang x berkerjaya lagi (student ), memang kalau nak beli foundation tu biarlah yang drugstore jeq, yang murah tapi berbaloi.... huhu.. so, sebelum beli memang ninie google sehabis habisan dan akhirnya,,, tadaaa!!!

well, ninie beli foundation Revlon Colorstay 24Hr yang sesuai untuk oily/combination skin in shade early tan 340.... boleh didapati di mana2 farmasi seperti Watson atau Guardian kalau kat Malaysia nieyh retailing at RM70~ lebih kurang... tapi ninie tak beli kat sinie ler.. ninie beli online je di platform Caraousell sebab lagi murah... ninie beli dengan harga rm45 je you.... huhu... tapi sebelum nak beli nie kena tau la shade tu dulu... alohhh, bile jalan2 kat mall tu singgah la kejap calit sikit kat pipi survey shade hokayyy.... kena rajin... ihhi...

bagi ninie, foundation nie dari medium to full coverage... kalau nak full dalam 2-3 layer da cukup da.. sesuai da untuk ninie yang tak berapa giler makeup.... finishing dia ialah matte, tapi kalau dah pakai lama lebih dari 5jam macam tu , da xberapa nak matte lah.. huhu.. ade gak minyak muka nie yang berjaya menjengah keluar, tapi idak la sume.. dye akan jadi dewy finish which i still like... still nampak lawa. tak nampak pown macam berminyak giler sampai bole amik wat greng telur tuh.. huhu..

dia jugak tak buat muka nampak cakey, and rasenye tak oxidizes banyak sangat...
kalau nak kata stay power die tuh, memang diowang uphold ape yang dye tulis... betul2 stay! pernah sekali pakai dari jam 7 pagi sampai 1pagi and still stay! xpernah pulak la ninie pakai 24jam sebb tak tido dengan makeup jadi xdapek la bagitau staying power 24hr kan....

foundation nie ade spf15, yang mana orang takowt nak pakai foundation yang berspf nie untuk photoshoot. Sebab takowt ada flash kat muka macam hantu... Tapi in my experience, foundation nie tak bagi flashback dalam fotografi so tak perlu risau... jadi boleh la pakai untuk ke event yer...

kesimpulannya, ninie memang recommend beli foundation nie... sekarang pun dah keluar pam kat botol dia yang memudahkan lagi kita nak pakai and obviously more hygienic... walaupown price dye agak mahal untuk drugstore products, tapi dye berbaloi... kalau da abis foundation nie pown memang nini akan beli lagi... ihhi..

selamat mencuba!

REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...