Assalamualaikum,
Xtau sebenarnye nak tulis entri ni atau tidak, tapi bila ramai tnya rasa bersalah dah. Hahha. Saya akan cerita pengalaman saya je dan jika korang rasa x releven x mengapa. Jangan marah pulop yer. Saya akan kongsikan pengalaman saya sebagai seorang rakan kepada rakan yang lain. Jadi, pelik sikit la entri nie. Alhamdulillah, saya lulus kedua2 interview dan ditawarkan pekerjaan nie yer. Sebab tu saya kongsikan apa yang jadi nie.
Tahun 2017 May, saya dah isi borang SPA online dan pada Oktober 2017, saya terima email untuk menghadiri temuduga bagi jawatan pembantu tadbir kewangan dan juga pembantu tadbir operasi (PTKEW W19/PTPO N19) pada bulan November. Ini adalah kali pertama saya isi dan hadiri temuduga ni jadi saya x banyak pengalaman sangat. Permohonan SPA nie valid setahun je , dah habis setahun isi balik atau update. Masyehhh...
Sekarang dah kena jawab exam online dulu yer sebelum dipanggil temuduga. Saya dah pernah isikan exam ni ( untuk kawan ) dan pernah dapat dua2 jenis keputusan. Lulus dan Gagal. hahha... Padahal jawab sama je, mungkin lebih kepada nasib kut. Sila la doa banyak2. Ada dua exam ( Bahasa Inggeris dan Matematik ). Bahasa Inggeris dan Matematik kedua duanya lebih kepada pemahaman soalan yer.
Anyway, jump straight to interview.
Kedua dua interview saya bawak fail resume yang sama. Fail saya sangat la simple, tidak fancy dan banyak style. Hahha. Pakai word je nie. Fail tu saya susun seperti mana yang viral n dah banyak perkongsian dari org lain. Saya x masukkan sebab nanti lagi panjang pulak post nie. Hihhi. Jangan risau sebab nanti before interview akan ada tukang check fail dan betulkan penyusunan fail kita jika salah.
CHOOSE YOUR OUTFIT WISELY
Cara pemakaian penting sebab pemakaian nie yang akan beri good first impression. Jangan pakai banyak kaler dalam satu set persalinan diri tu. Combine 2-3 colors is good enough and pleasing to the eyes. Saya selalu pilih warna biru, hitam, dan pastel. Solekan juga nipis dan natural. Semua ni saya pilih untuk membuatkan saya seperti mudah didekati dan mesra. Untuk perempuan, No Clacking Heels. Pakai yang biasa with 1-2 inch heels bertutup warna gelap. Disarankan pakai design beg yang keras x terlalu besar atau kecil. Sebab kita nak mudahkan diri ni, nak pegang dua barang ( satu sijil dan satu lagi beg ). Beg tu jugak kita kena letak kat lantai jadi kalau beg lembik nampak x kemas gitu. Huu. Jangan lupa tag nama jugak yer.
CONFIDENT
Nie je yang paling penting sebenarnya. Bila first masuk bilik, ketuk dan bagi salam. Sila senyum. Jangan senyum lebar senyum kambing tu, senyum manis please. Practice yourself in front of the mirror. Saya praktis banyak kali bab ni sebab biasa la. Nak lulus dapat keja oii.. Hihhi. Bagi sijil, salam dengan sama jantina. bab salam pun satu. Kalau salam, salam dengan kemas. Jangan genggam erat pulak. Tapi jangan la salam mcm salam raya tu. Salam kemas, pandang mata dan senyum. Saya sempat baca nama jadi saya siap pakej sebut nama dye sekali.. Hahha...
Duduk pulak kena sopan, no crossing leg, no back hunching. Straight tapi jangan duduk mcm askar. Duduk dengan selesa la yer. Baru la letak beg kat sisi dan tangan di peha. Tangan jangan kaku di peha pulak waktu tgah jawab soalan. Guna sebelah tangan untuk accentuate bila perlu di waktu jawab soalan. Gerakkan tangan tu kalau kaku nampak mcm nervous. Huu
Kedua dua interview dimulakan dengan perkenalkan diri. Nie penting, sebab first dia nak tengok personaliti kita. Tadi baru bagi first impression, nie lak untuk dye decide nak amik keja ke tidak. Hahha.
So, saya jawab soalan nie dengan kenalkan diri tapi bukan dengan details yang dia boleh dapat dalam fail resume tu sahaja, saya tambah dengan extra info. Nie contoh saya:
Saya Ninie berumur...berasal....Saya telah menamatkan pengajian dengan....di jurusan... Saya merupakan seorang Uber driver ( waktu tu saya jobless bawak uber je baru pas study) alhamdulillah pendapatan okay ......bla bla.. tapi semestinya sekarang saya sentiasa mencari peluang pekerjaan yang kukuh......
Saya appeal diri saya sebagai seorang Uber driver/ cari duit bukan duduk saja/ kalau x pun cerita apa yang awak buat untuk tingkatkan diri. Jadi di sini saya tekankan untuk appeal diri awak tunjuk yang awak berdikari, boleh cari makan, x putus asa, jenis yang berusaha. Mereka kemungkinan besar akan lebih berminat jika cerita awak / cara kenalkan diri awak lain dari calon yang lain. Ni nak bg dia ingat diri kita sebenarnye sebab akan banyak calon yang lain. Jangan gagap, gerakkan tangan,dan pandang mata penemuduga.
Kedua-dua interview ada tanya soalan isu semasa. Nie soalan penjerat. Bila jawab satu isu semasa tu, pastikan awak tahu / arif pasal isu tu. Sebab dia akan tanya lebih lagi pasal isu yang disebutkan. Contoh, saya jawab mengenai bajet 2018. Maklumla, saya interview tu bulan November yer jadi memang tgah hangat la waktu tu. Dia tanya dengan lebih mendalam lagi isu tu, contohnya ape yang dibentangkan. Saya jawab beserta ulasan/ pandangan saya sekali mengenai isu tu. Makes sure isu tu positif dan awak setuju la yer. Jangan x setuju lak dengan bajet n bangkang kerajaan. Krik krikkk nanti. Hihhi
Mereka juga tanya job scope yang kita apply ni. Yang tu memang wajib kena tahu. Jangan hafal jawapan, better untuk fahamkan kerja tu yer. Pun sama, mereka akan tanya dengan lebih details.
Bagi PTPO interview, mereka tanya barisan menteri kita. Sila hafal menteri utama kita yer. Bagi PTKEW, lebih pada pemahaman jobscope sebab ptkew kan spesific sikit kerja nya.
Ape jadi jika kita x tahu jawapan yang disoal. Contoh: Boleh jelaskan apa itu integriti? Jangan jawab saya x tahu dan garu kepala. Jawab saya tidak pasti, saya pernah dengar namun x faham atau xpasti definisinya berdasarkan kamus. Saya akan semak selesai temuduga ini. Maaf. Gitew, tunjukkan kita ada effort untuk belajar. Kalau mood dia elok, boleh usulkan dengan Boleh tuan jelaskan? Selalunya penemuduga akan bagitahu. Saya dalam dua2 interview, jika ada yang xpasti, penemuduga berbaik hati terangkan pada saya, alhamdulillah.
Bagi saya, jawab soalan dengan pandang mata, be confident dengan setiap pertuturan, jangan kaku dan gugup. Tunjukkan yang anda boleh jadi seorang penjawat awam yang baik, in sha Allah jika ada rezeki x kemana. Seusai temuduga, bangun ambil beg, sijil, salam, dan keluar. Keluar waktu tutup pintu, hadap pintu tu senyum dan tunduk ( angguk ) sebelum tutup pintu. Nie penemuduga (bos) saya bagitahu ramai keluar bontot menghadap mcm xpuas hati. hahha.. Saya sampaikan je yer.. Jangan keluar mengundur lak yer, abis la........Hiihhhii
Akhir sekali, doa. Sesungguhnya semua rezeki dan aturan hidup ditentukan oleh-Nya.
Saya lepas kedua dua interview, tetapi saya pilih PT Kew W19. Saya doakan anda semua dipermudahkan urusan yer.. Assalamualaikum dan Bye!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan