Selasa, 8 Jun 2021
REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM
Selasa, 15 Disember 2020
MY CHOICE OF ALOE VERA GEL / KELEBIHAN ALOE VERA GEL
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Harini Nini nak membebel pasal aloe vera gel yang satu ketika dulu pernah viral sampai banyak betul produk tiruan yang keluar di pasaran. Setakat ni, Nini beli semua produk aloe vera di Watson atau Guardian je. X kuasa aih nak beli jenama pelik2 kat pasar. Pernah sekali terbaca kulit muka seorang perempuan tu pedih menggelupas pakai produk macam tu, BAHAYA tau! Beli lah yang diiktiraf, kan ke benda ni murah je. Nini pakai dah 5 tahun tapi tidak la try banyak pun jenama.
Fungsi besau dia bg Nini 2 nie je:
1. MELEMBAPKAN KULIT
Kebaikan aloe vera gel ni kebanyakan nye adalah untuk melembapkan kulit. Tapi bagi Nini, properties yang di dalam gel ni selalunya tidak cukup dan perlu extra pelembapan dari produk pelembap lain especially untuk orang kulit kering. Untuk kulit berminyak pun sesuai untuk jangka masa pendek je. Jadi waktu siang boleh pilih gel pelembap yang lebih berat. Nini pakai Iunik Centella Calming gel sekarang.
Nini selalu guna aloe gel ni untuk gantikan gel yang lain jika nak bagi kulit rehat ataupun bila masa Nini guna active ingredients untuk serum cth vitamin C serum atau retinol. Xnak overload skin dengan bahan2 aktif lain so boleh la guna gel ni sebagai pelembap.
2. BOLEH BANTU REDAKAN IRITASI
Aloe vera gel ni membantu dengan menyejukkan muka yang panas dan merah ( especially lepas baru sunburn, heaven jap ). Dia juga berfungsi untuk mengeringkan / kecutkan jerawat. Depends jugak la. Xdela seaktif ubat jerawat yang terus kering bila pakai semalaman, dia ambik masa sikit. Nini suka letak gel ni dalam peti sejuk so tiap kali nak pakai tu terasa sejuk nyaman je. Ada yang claim boleh letak kat luka tapi untuk part ni, gel gamat lagi berkesan dari aloe vera gel ni. Pun sama, Nini beli gel gamat kat farmasi jugak. Memang berkesan even untuk gatal2 atau kering menggelupas melampau.
MISEOUL ALOE VERA GEL ( WATSON )
Aloe vera yang datang dalam tub ni punye la bersepah jenama famous viral time dulu. Lama gak pakai ni dalam 2 tahun jugak. Disebabkan dia datang dengan kuantiti yang banyak, agak lama masa nak habiskan satu tub ni dalam 6 bulan macam tu. Nini letak dalam peti sejuk so sentiasa sejuk dekat muka n dipakai sebelum tidur. Tekstur dia cair dan x berapa nak gel tapi lebih kepada air. Ambil sedikit masa untuk kering so bila pakai tu lama jugak la terasa basah kat muka. X melekit selepas pakai and fungsi melembapkan dan meredakan irritasi bagi Nini so-so je. Sesuai untuk kulit kering or sensitif yang baru nak try sebab dia x pedih langsung bila pakai. Nini akhirnya tukar sebab dia dalam tub asyik nak kena cedok jari nak amik. Hahha
FRUIT OF THE EARTH ALOE VERA GEL ( WATSON )
Ha, produk nie laku keras. Laku ke? Yang penting cepat nau habis kat farmasi, kadang2 sikit je stoknye. Yang ni lebih hygienic la kan picit2 je dari tub tu. Cumanya, pedih mata bila pakai sebab dia berangin tu sampai berair la mata ni. Kejap je, nanti dia okay tapi tu la. Jangan kena area mata dah la bila pakai ni, kompem g carik air basuh. Bila dah pakai, dia cepat kering tapi kering dia macam pakai mask kat muka. Muka terasa ketat terik tuh.. Pelembapan okay, memang meredakan irritasi n jerawat kecut lepas pakai gel ni semalaman. Tapi tu lah, nak menanggung pedih mata tu x berapa nak berkenan. Nini ade jugak pakai yg versi pink bunga rose tu tapi x berapa nak kaw keberkesanannya berbanding yang original ni. Aloe vera ni sesuai untuk sunburn, redakan merah muka, kecutkan jerawat. Kalau setakat nak lembapkan muka, better pilih aloe vera gel yang lain kowt.
GUARDIAN ALOE VERA GEL
Rabu, 7 Oktober 2020
REVIEW : BRAUN SILK EPIL 5 EPILATOR ~ JOURNEY OF HAIR REMOVING METHOD
Assalamualaikum n good day peeps..
Jauh betul perjalanan mencari pencukur bulu yang terbaik bagi Nini. Dah macam2 try dari shaver atau tweezers ( waktu sekolah ) sampai lah jatuh cinta ke waxing Norah Wax Hair Removal. Selepas 5 tahun pakai sepanjang study di Uni Malaya, Nini akhirnya beralih ke epilator!
Beralih dari wax ni bukan apa, nak carik benda yang lagi memudahkan. Pakai Norah Wax ni best jer, bulu tumbuh lambat dan halus. Tapi masalahnya, messy ler nak kena panaskan wax pastu nk kena letak bedak, basuh kain lepas guna n then kompem berpeluh after wax especially wax private area. Hahha. Nini suka pakai wax yang panas compared ngan sejuk sebab lagi kurang sakit memandangkan panas dan pori kita terbukak sikit waktu tu. Nak sapu pun lagi senang dan xgrip ke kulit. Cuma downside kena tunggu bulu panjang sikit sebab nanti wax x grip bulu yg terlalu halus atau pendek. Harga RM35 dan kdg2 boleh dapat offer 2 botol RM50 dari HQ.
Sebab da bosan dengan method waxing yang amik masa lama tiap kali nak buang bulu ni, Nini pun start la cari alternative lain. I came across this in Google and start usha brand apa yang available dekat kedai. Dengan bajet yang xberapa tinggi, ajak ler cik husband g Harvey Norman Mid Valley. Plan asal nak beli Phillips Santinelle je memandangkan bajet Nini untuk tidak melebihi RM300. Tapi alhamdulillah rezeki waktu pergi tu ada clearance stock untuk Braun Silk Epil 5 ni dengan harga xsilap RM260~ je. Memang dah usha brand ni lebih elok dari Phillips tapi mahal. Harga asal bagi Braun 5 ni xsilap RM400++. Lagi tinggi nombor lagi mahal la yer. Berkenan dengan Braun 7 atau 9 tapi mak aihhhh... Harga Braun 9 tu seribu lebih jugak la. Ada yang laser tapi kalau Nini kaya boleh la beli dalam RM2K++ Aiyoo, cukur bulu pun nak mahal2 ke. ☹️ Akhirnya Nini beli dengan added warranty enjin RM60 untuk 5 tahun. Total RM320 lebih sikittt je dari bajet. 😂
![]() |
| Ni lah rupe kotak yang Nini beli. Kaler purple dan ada extra 4 barang lain. Ada warna lain seperti pink, biru dan ada yang lebih banyak aksesori tapi harga pun kena up lah yer. |
![]() |
| Ni rupa epilator di tengah2 tu. Yang tepi tu dia pasang sekali dengan massage cap. Nini jarang guna sangat. Guna waktu epilate betis je. |
![]() |
| Nini lebih guna cap kosong ni je waktu epilate. Terpulang masing2. Kalau setakat nak epilate armpit tu, xsampai 5 minit settle. Mudah sangat! |
Selain tu, barang2 yang lain termasuk:
![]() |
| Brush yang digunakan untuk berus bulu keluar sebelum basuh dengan air. Basuh kepala je yer, yang pemegang tu bukak simpan xyah basuh. |
![]() |
| Ni pouch diberikan untuk store segala aksesori tadi. |
Bagi Nini, results sama macam kita cabut. Bulu yang tercabut setakat ni memang sampai ke akar. Lambat tumbuh dan bulu x kasar. Kecuali kalau kita cukur la. Dah boleh start epilate walaupown bulu tumbuh xsampai 1cm lagi. Nini pun x experience melecet atau terkopek kulit. Tiada luka setakat ni. Hee. Cuma ada baca pasal ingrown hair. Ada la jugak perasan sekali dua di betis or ketiak, jadi Nini start scrub dulu dalam 2-3jam sebelum atau malam sebelum epilate. Selepas epilate, kalau rajin sapu ler aloe vera gel tapi sebab da biasa buat waktu wax dulu. Kalau xletak rasanya xpe kowt. Aksesori di sini sudah mencukupi bagi Nini sebab kita boleh trim, cukur dan epilate. Seller ada bagitahu kalau nak tukar apa2 aksesori boleh order melalui website terus. Setakat ni dah nak dekat setahun, epilator ni masih elok dan tidak berkarat.
Kesimpulannya, Nini memang recommend sangat2 untuk beli epilator ni. Selain mudah, dapat jimat duit jugak untuk long run. Dah x perlu beli wax bila dah habis, xperlu shave or susah2 nak cabut sehelai sehelai. Husband pun da berkenan sangat sebab sekarang slalu tangkap dia pakai Braun ni (shaver) senyap2. Xlama lagi kami nak beli mesin shaver laki punya pulak...
Bye!! Assalamualaikum...
Isnin, 28 September 2020
REVIEW : LOREAL INFALLIBLE 24HR PRO-MATTE FOUNDATION
Assalamualaikum dan salam sejahtera beauty!
Sekian lama x review foundation, harini Nini nak bg review untuk my next favourite foundation after Revlon (full makeup) and Maybelline Fit Me!(daily makeup).
Nini sekarang pakai dalam shade 106 (sun beige), memang sesuai sangat la dengan shade muka Nini yang gelap manis nie. Hahha. Foundation ni boleh beli kat farmasi macam biasa dengan harga dalam RM70. Ofcourse Nini beli time ad promotion makeup 40% tu. Foundation ni didatangkan dalam bentuk tube dengan jumlah 30ml (standard size). Yang best sangat mengenai packaging dia ialah tube nipis dan ringan dalam plastik. Senang sangat untuk travel. Jadi foundation ni memang Nini bawak untuk travel luar negara, dalam negara, or bila balik kampung. Naik flight pun xde masalah dengan tube sekecil ni.
Finishing foundation ni of course matte. Ada lagi satu yang glow tapi sebab kulit berminyak, Nini memang akan sentiasa opt for a matte foundation. Foundation ni x ada SPF jadi bolehlah dipakai pada waktu malam kompem xde flashback.
Teksturnya krim macam biasa, tapi sangat ringan di kulit. X terasa macam pakai cream tebal seperti sesetengah yang lain. Memang true sangat bila dia claim lightweight! Foundation ni agak cepat setting up so Nini sentiasa apply sikit sikit dan ratakan supaya dia x set terlalu awal. Kalau xnak set dengan powder selepas foundation pun dah boleh sebab bila dah habis ratakan kat muka, akan terasa seperti bedak instead of creamy. Jadi, bolehlah kurangkan penggunaan bedak dan proceed terus ke bronzer dan blush ☺☺☺Disebabkan dia bertukar jadi ringan di kulit dan transform macam powdery-feel, produk ni memang akan clingy dekat kulit muka especially for those yang kulit kering atau kulit menggelupas. Foundation ni sangat tidak sesuai untuk orang yang ada masalah kulit menggelupas dan kering tau sebab nanti akan nampak lebih ketara pori kulit dan sel kulit mati.
Bagi nini foundation ni x oxidizes sebab xde pulak Nini perasan kulit jadi gelap sikit ke apa. Cantik je terletak kat muka.
Ketahanan nya boleh tahan, dengan muka still flawless dalam 5-8 jam bergantung aktiviti sebab muka Nini berminyak. Lol. Xpernah pakai full 24hr so xboleh la bg opinion on that. Yang penting, finishing look adalah natural dan nampak fresh and bright. Makcik selalu tanya kakak (me) pakai apa nampak natural gitew..✌✌❤ Coveragenya seperti yang diberitahu, medium buildable. Bagi Nini, coverage nya light to medium je, x akan ke full coverage jadi masih akan nampak parut hitam yang lama atau prominent. Foundation ni sesuai untuk natural look ( the look we are going for especially during travel). Dia x akan settle dekat laugh line and pakai sebagai base primer kat mata pun macam okay sebabkan teksturnya. (REVLON xleyh sebab kompem nampak line double lid tu. Huu)
Kesimpulannya, foundation ni sangat sesuai jika anda seorang yang pakai mimimal makeup, atau nak bawak foundation yang easy during travel. Sangat mudah, ringan, dan hygenic. Copek ler g beli, tahan lama uii....
Bye!!
Selasa, 15 September 2020
REVIEW SOMEBYMI Bye Bye Blackhead
![]() |
| Some By Mi Bye Bye Blackhead Green Tea Tox Bubble Cleanser |
Assalamualaikum beauty seekers... Kali ni Nini nak bagi review sikit tentang produk ni memandangkan da pakai 6 bulan jadi da eligible la kowt nak bg pandangan kan.. Sebelum tu, kulit Nini oily acne-prone skin. Huhu..
Nini beli produk ni dekat Shopee shipped directly from Korea untuk save costs. Sebenarnya beli SOMEBYMI AHA BHA PHA MIRACLE line tu yang selit sekali benda ni.
Nini beli dengan harga xsampai RM40 dah dapat satu full size bottle (120g). Sekarang line SomeByMi ni boleh didapati kat Watson dah! Tapi tu la, harga kat Watson mahal ui.. Xsilap tengok haritu beza dalam RM30 jugak la.. Memang x la nak beli kat sana. Maaf la Watson, i support u dengan benda lain eh.. Hahha
Cara penggunaan:
Nini pakai sekali atau kalau asyik pakai makeup dua kali dalam seminggu. Bagi Nini, AHA BHA PHA properties ni agak strong untuk dipakai hari2 dan boleh sebabkan kulit menggelupas. Ambil maklum yang AHA BHA PHA adalah exfoliating agent. So, Nini buat ni sebagai pengganti scrub ( compared to a more harsh scrub macam St Ives habis naik jerawat ) dan Nini alternate dengan lactic acid scrub ( a more gentler chemical scrub ). Orang yang kulit sensitif mungkin kena cuba trial version atau beli lactic acid chemical scrub sebagai permulaan.
Nini basuh dulu muka dengan tapwater (warm pun boleyy ) sebelum tido. Then, keringkan dengan face towel. Sapu cream ni di seluruh muka pastu tunggu selama 3 minit. Sebenarnya bila da letak tu da terus start bubble, tapi tunggu jela 3 minit kan. Then, Nini basahkan tangan dengan air and start massage muka dengan bubble tu. Dah rasa mcm bersih sgt2 tu boleh la bilas ngan air. Settle!
![]() |
| Tu dia.. habis semua aq mosaic nk cover.. Ni la rupa bubble tu kat muka. Tyme ni terasa kat spa kejap. Hahha |
Directly lepas pakai kulit memang akan terus rasa bersih. Ni yang Nini rasa pada kali pertama penggunaan. Selain tu, muka nampak bright. My husband can vouch for this. Dia x tegang ( stretching feeling ) dan lembut je bila sentuh. Blackhead tu ada tapi berkurang. Mungkin kena guna dengan lebih kerap di hidung sahaja tapi Nini memang jenis x banyak blackhead yang prominent so xleyh bg detail review about that.
Kulit terasa togel la sikit sebab macam bersih sangat kan muka. So, Nini terus pakai moisturizer Simple dengan face oil / vit c powder. Tujuannya xnak kulit overproduce oil lak bila tido nanti. Bangun pagi xakan berminyak dan kulit nampak bersih sihat, cerah in terms clean and bright. Nak nampak makin putih tu x lah yer. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit muka Nini sekarang da makin kurang tumbuh jerawat. Tumbuh bila sampai waktunya (ehem ehemm) / pakai makeup lama sangat, atau waktu pakai sunscreen lama sangat berlecak bawah matahari. Nini pakai waktu malam je sebab dah memang rutin scrub ni Nini buat waktu sebelum tido. Jangan expect results dia sama macam pakai krim timbang kilo yer. Tu tempek hydroquinone mercury in excess bagai lain cerita.
Kesimpulannya:
Would I be buying this again? Absolutely. Sekarang da 6 bulan tapi ada lagi 1/3 lagi x abis. Means, sangat jimat kalau setakat RM40 dengan penggunaan lebih kurang 8 bulan.
Would I recommending this to others? Heck yeah.. Dah habis kawan n adik Nini g promote suruh beli. Hahha
Rating stars: 7.5/10 stars. Sebab kalau 10 tu means pakai terus berseri kulit mcm impossible kan.
Jadi, kalau korang masih tercari cari scrub yang sesuai, boleh la try produk ni yer.
Good luck! Assalamualaikum.
Khamis, 16 April 2020
REVIEW : Eucerin ProACNE Solution Super Serum
Assalamualaikum dan Good Dayy!
Saje je nak tulis review mengenai this one particular product bosan di waktu musim Covid nieyh.... Hihhi
Basic info: Beli kat Watson / Guardian dengan diskaun dapat la dalam RM50+. Harga normal nye ialah RM89.00. Produk ni selalu ada diskaun setakat 10% - 15%. Jarang sekali nak dapat yang 40% diskaun tu. Fungsi nya : Reduce comedonal acne and tighten skin pore.
Muka saya lak style oily acne prone skin. Tu yang tertarik bile tengok produk ni yang tulis Super Serum Pro Acne line giteww... Dah pakai 2 botol produk ni so dah eligible la kowt untuk bagi review. 1 botol tahan 3bulan pakai 2x sehari ( pagi dan ptg ).
Packaging : Nice sebab dalam botol kaca, ada pump n kecil so senang untuk travel. Pernah campak je dalam beg tunggang terbalik pun dia x terkeluar bocor.
Ingredient wise : Xnak go to details sbb saya bukannya aesthatician kan so saya fokus apa yang saya tahu jela. Produk ni ada Fragrance jadi mungkin yang kulit sangat sensitif x sesuai. tapi dia claim sesuai untuk kulit sensitif yer. Bagi saya bau dia mild x terasa pun tpi do takes note lah yer sbb kalau boleh kan kita nak carik yang No Perfume, Paraben, n Alcohol. Lol.. Then saya perasan (2nd bottle baru perasan) yang dia xde bahan yang betul2 menjurus ke arah pencegahan acne tu sendiri kecuali lactic acid. Addoii... Produk ni rupenye memang menggunakan this 'natural acid' untuk combat acne. Lactic acid ni salah satu acid yang paling gentle. Tapi bila tengok ingredients list, lactic acid ni bukannya bahan yang num 1 atau 2. Dia number 6. Lagi banyak benda lain lak dari this 'main ingredients'. Hahha
Results: Mungkin okay la kowt sebab xde breakout bila pakai ni. Tapi dalam masa sama, jerawat still ada. Jerawat pasir tu macam buat dek kat produk ni tumbuh sesuka hati jeq.. Jerawat dtg bulan tu still ada n sometimes breakout is inevitable kalau pakai makeup seharian ke apa. N kalau jerawat da tumbuh tu, it wont go away with just this one product. Pori saya pula masih lagi di tahap sama. Xdela nampak makin tight ke apa. Biasa biasa jeeee.. Brightening ke ape xde effect sebab saya pernah fokus pakai produk ni sahaja dan memang muka nampak kusam x bermaya. Mungkin betul2 fokus untuk jerawat lah kowt. Muka saya pun still berminyak jadi serum nie x membantu la dalam aspek tu. Nasib baik moisturiser saya helokk pakai je xberminyak. Huu
Summary, I will NOT buy this again. Cukup la experiment dengan 2 botol produk ni. Harganya mahal sikit tapi macam x berbaloi.
Sekarang Nini aware dengan ingredients in product hasil menelaah YouTube dan Google. Tu pun lepas beli serum ni.Hahha. Jadi nak focus to more acne-oriented treatment involving niacinamide, salicyclic acid, AHA n BHA. Dah order tapi x sampai lagi kuarantin uii.. Stay safe! Bye!
Assalamualaikum.
Sabtu, 1 April 2017
REVIEW: Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Khamis, 23 Mac 2017
Review: Revlon Colorstay 24Hr Foundation
Sebagai seorang yang x berkerjaya lagi (student ), memang kalau nak beli foundation tu biarlah yang drugstore jeq, yang murah tapi berbaloi.... huhu.. so, sebelum beli memang ninie google sehabis habisan dan akhirnya,,, tadaaa!!!
well, ninie beli foundation Revlon Colorstay 24Hr yang sesuai untuk oily/combination skin in shade early tan 340.... boleh didapati di mana2 farmasi seperti Watson atau Guardian kalau kat Malaysia nieyh retailing at RM70~ lebih kurang... tapi ninie tak beli kat sinie ler.. ninie beli online je di platform Caraousell sebab lagi murah... ninie beli dengan harga rm45 je you.... huhu... tapi sebelum nak beli nie kena tau la shade tu dulu... alohhh, bile jalan2 kat mall tu singgah la kejap calit sikit kat pipi survey shade hokayyy.... kena rajin... ihhi...
bagi ninie, foundation nie dari medium to full coverage... kalau nak full dalam 2-3 layer da cukup da.. sesuai da untuk ninie yang tak berapa giler makeup.... finishing dia ialah matte, tapi kalau dah pakai lama lebih dari 5jam macam tu , da xberapa nak matte lah.. huhu.. ade gak minyak muka nie yang berjaya menjengah keluar, tapi idak la sume.. dye akan jadi dewy finish which i still like... still nampak lawa. tak nampak pown macam berminyak giler sampai bole amik wat greng telur tuh.. huhu..
dia jugak tak buat muka nampak cakey, and rasenye tak oxidizes banyak sangat...
kalau nak kata stay power die tuh, memang diowang uphold ape yang dye tulis... betul2 stay! pernah sekali pakai dari jam 7 pagi sampai 1pagi and still stay! xpernah pulak la ninie pakai 24jam sebb tak tido dengan makeup jadi xdapek la bagitau staying power 24hr kan....
foundation nie ade spf15, yang mana orang takowt nak pakai foundation yang berspf nie untuk photoshoot. Sebab takowt ada flash kat muka macam hantu... Tapi in my experience, foundation nie tak bagi flashback dalam fotografi so tak perlu risau... jadi boleh la pakai untuk ke event yer...
kesimpulannya, ninie memang recommend beli foundation nie... sekarang pun dah keluar pam kat botol dia yang memudahkan lagi kita nak pakai and obviously more hygienic... walaupown price dye agak mahal untuk drugstore products, tapi dye berbaloi... kalau da abis foundation nie pown memang nini akan beli lagi... ihhi..
selamat mencuba!
REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...
-
Assalamualaikum.... Kali nie ninie nk review tentang sabun pembersih intim wanita nieyh.... Sebagai seorang perempuan, kita tak ak...
-
RIMBUN DAHAN TURTLE HATCHERY ROYALE CHULAN CHERATING CHALET LAGUNA SEAFOOD RESTAURANT KEROPOK LEKOR POK DIE KEDAI NASI BUDU - ANI SELERA KAM...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Allahu, lama x update mengenai progress pembelian rumah undercon ni. Sebabnya, Nini baru nak mula baya...















