Isnin, 14 September 2020

PERCUTIAN KE CHERATING, PAHANG

RIMBUN DAHAN TURTLE HATCHERY
ROYALE CHULAN CHERATING CHALET

LAGUNA SEAFOOD RESTAURANT

KEROPOK LEKOR POK DIE

KEDAI NASI BUDU - ANI SELERA KAMPUNG

WARUNG AZIZ SATA

Assalamualaikum,

Jarang-jarang sekali update blog pergi bercuti. Kali ni update sebab staycation haritu rasa best dan nak encourage orang untuk bercuti ke sana. Hihhi... Kebanyakan orang KL ni akan ke Port Dickson ( Grand Lexus ) tapi memandangkan saya sendiri berasal dari sana, rasa sangat bosan bila lalu pantai sana. Dah lama x staycation waktu musim PKP jadi ini macam percutian yang da lama overdue.. Abis punah plan nk g oversea atau sabah sebab Covid.. 2020 ni mencabar nauuu..... 

Sebenarnya ada hal tugas di Chukai, tapi memandangkan suami x pernah sampai ke Cherating so amik la cuti 2 hari untuk stay di Royale Chulan Cherating Chalet 2 hari 1 malam. Chalet yer, bukan Villa.. Lain sangat2 harga villa dan chalet ni. Boleh ke website Royale Chulan sendiri untuk urusan booking, Agoda atau Booking.Com. Tapi saya cadangkan ke Agoda sebab beza harga dalam RM30 jugak la..  

Percutian 2 hari 1 malam di tengah2 minggu hari Selasa dan Rabu. Banyak pro n cons. Adui, xpela. Nama pun bercuti, jangan stress naa.... Hari Selasa bertolak lepas agak2 habis jem jam 9 pagi... Naik terus highway tapi nak keluar dari KL ni agak azab la. Dah naik LPT lega pandang pokok je sampai exit Jabor. Kami sampai dalam jam 2 petang and disebabkan late breakfast jam 10.30pg di RnR Highway Mex, kami decide untuk tidak lunch. Kami terus ke Turtle Sanctuary tpi malang betui dia boleh tutup betul2 pada hari kami pergi selama seminggu untuk penyelenggaraan. Yang ni oleh kerajaan jadi masuk free je untuk tengok exhibition semua tu. Xpela, kami terus call Rimbun Dahan Turtle Hatchery. Alang2 xpernah pegang penyu kan, terus book untuk baby turtle release program jam 5.30 ptg. Tiap2 hari ada, n start jam 5.30ptg ke 6 ptg. Harga pulak RM30 satu kepala. Ya Allah, memang x rugi langsung. Dapat merasa pegang baby turtle lepaskan ke laut tu satu pengalaman yang x akan dilupakan. Dah la cute! Mereka ni private company yang beli telur penyu dari orang kampung untuk diperam and tunggu sampai menetas sebelum dilepaskan. Jadi, duit yang dapat dari sesi lepaskan penyu ni la buat rolling modal untuk beli telur penyu. Bagus betul diorang ni, rasa berbaloi gak la RM30 tu. Hee...




Lepas sesi main dengan penyu, kami dinner kat Laguna Restaurant di Chukai, Terengganu. Sebenarnya nak dinner kat Intan Seafood Restaurant kat Cherating. Boleh plak dia tutup. Xsama dengan apa yang diberitahu oleh Google. Kenapa la xupdate waktu operasi uiii. Nini perasan gak ramai yang datang mcm kami dan terpaksa uturn semula. Rata2 yg datang pelancong sbb nampak gaya n kereta semua plat W/V. Bersepah la diorang makan kat kedai lain tepi jalan area situ. My backup plan would b Awang Ikan Bakar atau Laguna. Tapi Warung Awang Ikan Bakar nampak agak scary (run-down place) dan kosong hatta seorang pelanggan pun xde. Agak was2 jadi kami ke Chukai untuk Laguna Seafood Restaurant. Alhamdulillah, yg ni nampak okay dan meriah sikit. Saya rasa Awang Ikan Bakar kena upgrade keadaan kedai dia untuk tarik lebih ramai pelanggan.. Hee...

Dinner di Laguna Restaurant ni satu pihan yang bagus untuk Nini. Makanan served dengan cepat. Nasib baik g awal jadi kami sempat grab meja tanpa perlu menunggu. Downside kat restoran ni mungkin satu bg Nini. Besar sangat saiz seafood jadi bila nak makan untuk dua orang tu terasa banyak. Hahha. Sotong je dah sepanjang lengan Nini nie ha... Jenuh la nak kunyah sotong je. Total habis RM130 dengan sotong seekor celup tepung, ketam seekor masak bercili, udang 4 ekor masak butter telur masin, nasi goreng cina dan kampung beserta air. Rasa maybe dalam 3.5/4 out of 5 stars. Hahha.. Yang penting ada rasa dan cepat. Semua sedap tapi sebab udang dan sotong terlebih masak tu buatkan udang da jadik keras sikit and sotong jadi kenyal sikit. Nasib baik rasa sedap.. Dah lapar sgt dahh nie...!

 Sume nie serve xsampai 30minit dari kami pilih seafood tu. Pekerja ramai and semua dah ada tugas masing2. Absolutely much better than Ana Ikan Bakar Petai tuhh... Astagha, sempat ag ngumpat.

Kami check-in di Royale Chulan Cherating Chalet jam 3 ptg. Tapi boleh lak lupa nak snap gamba bilik. Kome sume g la usha dekat site eh. Memang kena dengan harga dan berbaloi. Hihhi... Biliknya style mini chalet, ada balkoni, ruang tamu, dan bilik tidur. Toiletnya pun luas dan selesa. Setahu Nini, chalet ni baru siap 2017 sebab tu la semua nampak baru dan bersih lagi. Barang masih elok dan teratur x mcm Erya tu 👅👅 Harga pulak bergantung. Haritu Nini dapat RM180/night tapi harini tengok RM153 lak. Harga selalunya dengan pakej breakfast sekali tapi musim PKP ni xdela buffet breakfast. Diorang akan letak atas meja kat balkoni bermula jam 7pg hingga 8.30 pg. Mungkin x rmai orang jadi kami dapat jam 7pg lagi. Dalam bekas plastik ada nasi goreng, sayur, buah epal, sosej, popcorn chicken dan roti sekali air jus dalam botol. Nini jenis x memilih makan. Bagi Nini, rasa okay/sedap dan kenyang. Xjadik nak g breakfast kat luar sebab husband pun kenyang gak. Jadi lain kali lah yer try Nasi dagang Ganu! Dah la Nini je yg suka nasi dagang, husband x suka.. Lol.. Lagi best lepak tengok pantai or mandi pantai ke, tapi Nini ni datang dengan tugas. Jadi pagi waktu bertugas tu Mr Hubby g lepak pantai layan air sorang2. Ada je orang buat aktiviti water surfing semua tpi kami xnk penatkan diri, nama pun staycation. Hee... Yang best, pantai untuk kami ni private property jadi xdela orang lua yang boleh masuk melainkan penginap Royale Chulan chalet ni. waktu check out jam 12tghri tapi depa ni bg je kami checkout lewat sikit memandangkan xde orang.

Pantainya putih bersih, pasir halus suci and nampak landai. Jadi selamat la setakat nak mandi jalan tepi pantai. Tapi angin kuat oi, penangan Laut China Selatan kan, xsama mcm laut kat PD sebab Selat Melaka je.


Waktu tengahari checkout, kami ke Kedai Nasi Budu - Ani Selera Kampung terletak di Chukai, Terengganu. Pehh, rasanya yang nie kedai makan yang paling berbaloi kami datang bercuti. Hahha.. Memang sedap sampai kena pujuk husband untuk stop makan.. Yang xbest, da abis makan baru teringat nak amik gamba. Choiii... Rasa udang goreng, gulai, sotong, ikan semua sedap. Kami xmakan ikan patin masak tempoyak tapi Nini rasa sedap gak kowt sebab yang tu da tinggal sikittt je waktu kami datang ( datang jam 12.30 tghri okay ). Total hangus kat snie lebih kurang RM50 sebab makan seafood kan, besar lak tuh. Rasanya bila korang datang snie, jangan lepaskan peluang untuk lunch kat snie. Berbaloi baloii gitu. Sini style buffet yer jadi waktu cedok lauk tu beringat la sikit.. Hahha

Sebelum bertolak balik, kami singgah di Warung Aziz Sata memandangkan warung Otak-Otak Che Wan masih tutup. Mungkin awal sangat kut kami pergi. Warung aziz sata ni Nini beli sata je. Yang tu je boleh makan di tekak. Otak2 ngan pilis sume tu xmkan oi... Sangat kureng.. Mungkin tu style original kowt, kami lebih memilih otak2 style KL. Hihhii.... 

Sebelum naik LPT di Jabor, kami singgah di Keropok Lekor Pok Die. Nasib baik bukak sebab kami perasan hari sebelumnya tu tutup. Kami habiskan beli keropok lekor sebatang RM1 dalam RM70 jugak la untuk dibuat ole2 n makan sendiri. Memang x rugi beli sini sebab bagi kami rasanya sedap, x bertepung atau gatal. Ada kedai jugak kat sebelahnya yang buat makan2 tapi sebab da kenyang xleyh la nak singgah lagi. Tapi baca review orang lain kata boleh tahan sedap jugak. Lain kali la yer... 

Kalau ada sumur di ladang,. 
Boleh kita menumpang mandi,. 
Kalau ada umur yang panjang,. 
Boleh kita berjumpa lagi.

Gituuu... In sha Allah, kalau ada masa dan peluang memang akan ke sini lagi. Percutian kali ni memang relax dan tenangkan fikiran especially untuk En Husband yg keja berOT 2 minggu berturut nie. Penat sangat dah katanya. 

Jom support local businesses! Tyme ni la nak support lepas PKP kan.. nanti bole waive tax tahun depan. Hee, selamat bercuti.

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...