Khamis, 2 April 2020

PENGALAMAN BELI RUMAH UNDERCON- PART 1 ( APPLY LOAN RUMAH )

Assalamualaikum semua.. Xtau bg salam kat sape but yeah.. here I am selepas 3 tahun blog nie kumpul sarang labah2.. This entry probably akan amik masa lama gila dan byak part tpi tujuan tulis entry nie untuk rujukan kawan2 n rujukan diri sendiri..LoL

Neway, awal tahun 2020 dan kami suami isteri decide untuk beli rumah memandangkan kami akan mencecah umur 30 tahun x lama lagi(tahun depan je) dan juga loan kereta yang akan habis.So,better sambung trus dengan loan rumah kan.. Kui kui kui....disarankan juga kalau mampu ,beli la awal2. Igt yer, jangan beli rumah sebab trend. Saya beli before umo 30 sebab nak kejar 35 tahun loan tenure..  Disebabkan kereta bakal habis hujung Tahun 2021, so we decide utk beli rumah undercon wif estimated siap Tahun 2021 atau better 2022..
Saya decide perbelanjaan saya dengan berpandukan gambar rajah ni.




Saja nak ingatkan downside beli undercon nie kita kena bayar progress payment walaupun xdapat kunci lagi yer. Mcm skrg, rumah saya di peringkat 55% siap, jadi kena bayar progress 55% ler. Ada cara kiraan dia nnt. Untuk details boleh tanya panel bank nanti atau agent pemaju tu. Tapi bukan loan llus terus kena bayar. Makan masa berbulan juga. Jadi bila nak beli rumah, masukkan sekali perbelanjaan progress payment ni dalam bajet bulanan. Tu jela yang sakit sikit sebab kena bayar dua rumah kan. Chaiyok chaiyokk...

Maka bulan Februari bermula la house hunting dan akhirnya after a tiring appointment and messaging wif agent property, kami berkenan dgn rumah Semi-D di Salak Tinggi. Pakej yang ditawarkan pun x membebankan kami ( kalau boleh nk zero entry cost ) , jadi kami bayar booking RM1000 sbg tanda jadi. Pakej ni yang org muda selalu amik sbb bukan ade byak duit cash kat tgn kan...

  • 10% rebate ( bermaksud xyah bayar kalau loan lulus). Bank akan bg maksimum 90% loan yer untuk rumah pertama. LPPSA je yg 100% . Jadi kat sini saya xyah sediakan duit deposit sebab dapat rebate. 
  • Legal fees ditanggung sepenuhnya. Igt yer kita ade dua lawyer untuk deal waktu pembelian rumah. Saya pun baru tahu bab ni. Hahha. Ade lawyer bank (uruskan pinjaman) dan juga lawyer pemaju (uruskan pembelian rumah). Jika pemaju offer utk tanggung dua2 lawyer, mksdnye kita akan pakai panel lawyer dari pemaju. Take note bila buat loan nanti untuk bgtau orang bank tu kita nak pakai lawyer pemaju atau nak senang terus pakai orang bank yang disediakan oleh pemaju. Gitteww...
  • Duti setem ditanggung oleh pemaju. Mahal ui kalau nk bayar sendiri..
Saya dan suami decide pada rumah Semi-D, berstatus freehold, tetapi rezab Melayu. Malas nak tulis detail sbb skrg nk fokus loan. Hahha. 

Bila da sign dan bayar booking rumah RM1000, kita akan dapat satu salinan booking form. Dengan booking form ni, kita boleh apply loan rumah dekat bank. Pergi lah kami usha bank mana yang boleh bagi interest yang paling rendah. Antara dokumen yang perlu disediakan ialah:
  1. Salinan IC ( Kalau gabung loan, salinan suami dan isteri yer )
  2. Booking form. ( Bagi muka depan je yang tulis nama projek, lokasi, dan harga rumah yang didaftarkan /SnP. Jgn bgi yang tulis harga lepas tolak rebate lak. Kang elok2 dapat 90% loan jadi 80% loan pulak. Hihhi
  3. Penyata gaji 3 bulan hingga 6 bulan.
  4. Bank statement selama 3-6 bulan (bank gaji masuk yer). Bergantung pada bank sebenarnya. Selalunya bank minta 3 bulan kalau gaji tetap dan 6 bulan kalau kita ada OT membuatkan gaji x sama setiap bulan.
  5. EA form ( Boleh mintak kat majikan ). Ni prove kita bayar cukai pendapatan sebenarnya yg dari majikan (tolak gaji tuh)
  6. Penyata EPF. Sekarang kan dah ada i-KWSP. Boleh ambil complete statement dari situ je untuk tahun semasa dan tahun sebelum. Xyah susah2 g pejabat KWSP dah. Macam dalam kes saya, tahun 2019 dan tahun 2020.
  7. Kalau rasa x strong, kita boleh sertakan lagi penyata saving backup cth ASB / Tabung Haji. Saya x sertakan pun sbb bank cakap da cukup. Hihhi
p/s:  Scoring depends heavily on CCRIS yer. Jadi, bayarlah loan tu on time. Kalau boleh setahun nk beli rumah tu, cantikkan pembayaran loan kita supaya x tersangkut. Makes sure juga kita da kerja dgn current company dalam 2 tahun yer. Kalau baru kerja ni, bank xnampak kita strong n selalu jump keja. Dia akan tanya semua termasuk education level. Lagi cantik scoring, lagi rendah interest.

Saya buat set ni banyak2 dan hantar ke bank pilihan saya. Dalam masa seminggu ke dua minggu masa yang diambil untuk permohonan loan ni. Jangan risau untuk hantar ke banyak bank (3-4 bank cukup da). Kita bukan jadi terus nak ambil ngan bank tu, ni cuma untuk survey harga interest je. Alhamdulillah lepas semua loan saya cuma interest yang ditawarkan semuanya berbeza. Bank akan keluarkan Offer Letter dan waktu ni baru la kita decide nak amik dengan bank yang mana satu.

Akhirnya saya decide untuk ambil dgn Maybank. Loan yang ditawarkan pada mulanya dengan interest 4.25%. Tapi saya appeal dengan akak bank tu untuk rendahkan lagi. Dan seminggu kemudian, saya dikhabarkan bahawa saya boleh dapat loan dengan interest 4%. Jadi, bila setuju akak tu ambil masa another week untuk siapkan Offer Letter yang baru dengan harga yang dipersetujui.

Semua nie ambil masa 3 minggu dari tarikh saya letak duit booking. Jangan risau kalau kita ambil masa lama untuk loan nie nak lulus. Sebab x semua bank buat kerja cepat. Huu. Janji kita ada buat effort untuk carik loan rumah, pemaju x akan marah. Saya tanya jugak la agent pemaju mane tahu ada timeline yang saya kena adhere. Dia cakap janji ade effort. Jangan la senyap je liat nak hantar dokumen kat bank ape semua. Hokkay...

Dah settle sign Offer Letter, boleh la ambil copy tu dan hantar ke agent pemaju menandakan loan kita da approve. Now, saya tgah tunggu lawyer pemaju pulak untuk settlekan dan siapkan dokumen SnP dan lain2.

Sekarang semua on hold sbb negara dah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin lambat lagi la kut nak settle. Tapi rest assured, da ada progress saya upload lagi yer.. Terima kasih n happy hunting! Semoga kita semua dipermudahkan untuk membeli aset. Bye! Assalamualaikum.

Part 2 is here!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...