Selasa, 30 Jun 2020

PENGALAMAN BELI RUMAH UNDERCON - PART 2 ( SIGN SNP DAN LOAN BANK )

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. Nini nak sambung dari part 1 selepas selesai mendapatkan kelulusan loan bank. Lepas dah sign Offer Letter pada 17 Mac dan pass dokumen (pdf melalui whatsapp jer) ke ejen pemaju, saya tunggu panggilan untuk sign SnP. 

Hampir 2 bulan masa yang diambil untuk lawyer pemaju call sign SnP. Mungkin lewat disebabkan PKP kowt. No comment. Lol. Yang penting 19 May kami ke pejabat lawyer di Klang untuk sign Snp. Dengar cerita sign SnP ni memenatkan. Tapi bagi kami suami isteri, SnP kami sangat nipis. Lawyer kata kalau rumah tu rumah bertingkat tingkat (kondo atau apartment ) atau rumah pajakan memang tebal. Bagi kami rumah setingkat je dan freehold memang mudah dan nipis je SnP nye. Ada 4 salinan dan kami hanya sign kurang dari 30 ms. Hahha.... Dah habis sign maka kami mula tanya soalan mengenai rumah kami. Dah x ingat apa yang ditanya tapi kami memang tanya mengenai defect warranty period. Di SnP diterangkan semua yang mengenai rumah tu termasuk alamat rumah baru nanti. 

Selepas sign, tunggu panggilan semula dari lawyer untuk ambil photocopy SnP yang telah dicop setem hasil. Yang ni saya x bayar sebab ditanggung pemaju. Setahu saya, waktu sign ni kena bayar kalau tidak ditanggung. Amaun berlainan bergantung pada harga rumah. Saya cuma datang melenggang. Alhamdulillah... 10 hari kemudian lawyer call dah boleh amik/ atau pos salinan SnP ni. Bagi saya salinan ni penting jadi sanggup g Klang balik amik dokumen ni. Kang x memasal hilang waktu pos mmg harubiru la. Huu... Salinan nie la yang membolehkan kita keluarkan duit KWSP akaun kedua tu jadi simpan baik2. Salinan ni valid 3 tahun dari tarikh sah SnP untuk keluarkan duit. Maka saya simpan jela SnP ni sampai la sebulan sebelum masuk rumah supaya akaun 2 boleh beranak lagi banyak. Hahhahha

Lepas sign SnP, syarikat lawyer pemaju akan pass dokumen kepada lawyer yang menguruskan loan bank. Dalam kes saya, mereka berurusan sesama sendiri so xyah saya yg tolong hantarkan. Tapi ada jugak kawan2 saya yang kena passkn especially kalau pakai lawyer sendiri. Lawyer loan bank saya decide untuk jumpa di Pejabat Tanah terus untuk sign agreement ni termasuk sign jual beli tanah terus. 2 in 1 la ceritanya. Sebab, tanah yang dibeli adalah rezab melayu. Hanya Melayu semenanjung sahaja yang layak beli tanah mcm ni jadinya saya dan suami perlu hadir bawa surat beranak dan ic original. 

Memandangkan sekarang musim PKP, akhirnya 30 Jun baru la lawyer set appointment kami di Pejabat Tanah Sepang. Makan masa sebulan jugak la untuk siap dokumen dan set appointment nie. kami sampai jam 10 pagi dan urusan ni siap jam 12.30 tengahari. Waktu nie kami sign loan bank agreement dan borang pemilikan sementara pejabat tanah. Loan agreement ni memang banyak ada 3 copy dan borang declaration yang lain. Manakala borang pemilikan sementara yang perlu ditandatangani depan pegawai di Pejabat Tanah cuma sikit je. Yang penting bawak ic n surat beranak. Dia akan sahkan dengan cap jari kita dan ambil gambar sekali. Xtahu la saya gambar tu nak buat apa.. Nasib baik pakai lipstick walaupun pakai mask. Kalau x abis muka pucat macam pocong. Choiii...

Saya x perlu bayar harga lawyer ni sebab akan ditanggung pemaju. Harga lawyer bank ni lagi mahal tau dari harga lawyer SnP. Tapi kalau pemaju korang x tanggung lawyer bank ni, cuba mintak untuk masukkan harga lawyer ke dalam loan rumah. Setahu saya boleh buat. Tapi tu lah, bertambah la loannya yer.. Saya tanya mengenai loan bank pada lawyer, tapi katanya kena tanya banker. Puloppp.... Jadi saya cuma tanya proses yang akan datang lepas nie. Selepas ni kita memang duduk senyap je tunggu bank tolak duit. Lol. 

Ehem ehemm...Baca slow2 yer nanti pening!

Ceritanya begini, selepas ni lawyer ni akan proses untuk cop setem hasil macam biasa. Lepas tu, selepas proses dokumen nie dia akan pass pada bank untuk pemprosesan sahkan pinjaman. Pihak bank akan pass balik ke lawyer untuk lawyer bank kembali ke Pejabat Tanah. Hanya dia yang akan pergi tanpa perlu owner ikut. Waktu ni la yang dia akan pindahkan nama kami ke geran pemilikan dan tukar status dari sementara ke selama-lamanya (freehold). Dah tukar status, lawyer bank akan inform bank untuk mulakan disbursement kepada pihak pemaju ( bayar loan rumah mengikut progress ). Haa, bila bank da start bayar maka bulan berikutnya akan bermulalah progress payment kami. Semua ni katanya ambil masa 2 bulan. Tapi tu lah, akan saya update di part 3 yang akan datang. Fuhh, settle. Now duduk senyap2 kumpul duit ready bayar 2 rumah eh.. uwaaaaaaaa

Selepas sign SnP bulan March haritu, pihak pemaju pun akan dapat tau salinan SnP ni. Dia akan mula keluarkan surat progress dan berapa bayaran yang perlu dibuat. Saya dapat gak surat nie pada 12 Jun sebelum appointment dengan Pejabat Tanah. Tapi bila call cakap nak inform je. Risau betul la. Bukan apa, takut nanti kena bayar penalty lak sebab bayar lambat padahal proses signing ni pun x habis lagi. Addoiii.. Harapnya xde pape la eh. Tanya lawyer bank pun dia cakap boleh waive. Risau oi.. Pihak pemaju pun buat kerja cepat jugak. Kami dah isi borang pendaftaran TnB pada Jun 2020 walhal expected masuk rumah Oct 2021. Nie nampak gayanya memang rumah nie siap awal. Adush, neves la. Habis lari sume plan kalau masuk awal sangat. Xpela, mana yang terbaik la kan. Allah sebaik baik perancang. Next saya akan update mengenai progress payment. Mungkin selitkan juga cara pengiraan berapa yang perlu dibayar kowt. 

Till then, assalamualaikum.

Nak baca Part 1:


Nak baca Part 3:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...