Assalamualaikum n good day peeps..
Jauh betul perjalanan mencari pencukur bulu yang terbaik bagi Nini. Dah macam2 try dari shaver atau tweezers ( waktu sekolah ) sampai lah jatuh cinta ke waxing Norah Wax Hair Removal. Selepas 5 tahun pakai sepanjang study di Uni Malaya, Nini akhirnya beralih ke epilator!
Beralih dari wax ni bukan apa, nak carik benda yang lagi memudahkan. Pakai Norah Wax ni best jer, bulu tumbuh lambat dan halus. Tapi masalahnya, messy ler nak kena panaskan wax pastu nk kena letak bedak, basuh kain lepas guna n then kompem berpeluh after wax especially wax private area. Hahha. Nini suka pakai wax yang panas compared ngan sejuk sebab lagi kurang sakit memandangkan panas dan pori kita terbukak sikit waktu tu. Nak sapu pun lagi senang dan xgrip ke kulit. Cuma downside kena tunggu bulu panjang sikit sebab nanti wax x grip bulu yg terlalu halus atau pendek. Harga RM35 dan kdg2 boleh dapat offer 2 botol RM50 dari HQ.
Sebab da bosan dengan method waxing yang amik masa lama tiap kali nak buang bulu ni, Nini pun start la cari alternative lain. I came across this in Google and start usha brand apa yang available dekat kedai. Dengan bajet yang xberapa tinggi, ajak ler cik husband g Harvey Norman Mid Valley. Plan asal nak beli Phillips Santinelle je memandangkan bajet Nini untuk tidak melebihi RM300. Tapi alhamdulillah rezeki waktu pergi tu ada clearance stock untuk Braun Silk Epil 5 ni dengan harga xsilap RM260~ je. Memang dah usha brand ni lebih elok dari Phillips tapi mahal. Harga asal bagi Braun 5 ni xsilap RM400++. Lagi tinggi nombor lagi mahal la yer. Berkenan dengan Braun 7 atau 9 tapi mak aihhhh... Harga Braun 9 tu seribu lebih jugak la. Ada yang laser tapi kalau Nini kaya boleh la beli dalam RM2K++ Aiyoo, cukur bulu pun nak mahal2 ke. ☹️ Akhirnya Nini beli dengan added warranty enjin RM60 untuk 5 tahun. Total RM320 lebih sikittt je dari bajet. 😂
![]() |
Ni lah rupe kotak yang Nini beli. Kaler purple dan ada extra 4 barang lain. Ada warna lain seperti pink, biru dan ada yang lebih banyak aksesori tapi harga pun kena up lah yer. |
![]() |
Ni rupa epilator di tengah2 tu. Yang tepi tu dia pasang sekali dengan massage cap. Nini jarang guna sangat. Guna waktu epilate betis je. |
![]() |
Nini lebih guna cap kosong ni je waktu epilate. Terpulang masing2. Kalau setakat nak epilate armpit tu, xsampai 5 minit settle. Mudah sangat! |
Selain tu, barang2 yang lain termasuk:
![]() |
Brush yang digunakan untuk berus bulu keluar sebelum basuh dengan air. Basuh kepala je yer, yang pemegang tu bukak simpan xyah basuh. |
![]() |
Ni pouch diberikan untuk store segala aksesori tadi. |
Bagi Nini, results sama macam kita cabut. Bulu yang tercabut setakat ni memang sampai ke akar. Lambat tumbuh dan bulu x kasar. Kecuali kalau kita cukur la. Dah boleh start epilate walaupown bulu tumbuh xsampai 1cm lagi. Nini pun x experience melecet atau terkopek kulit. Tiada luka setakat ni. Hee. Cuma ada baca pasal ingrown hair. Ada la jugak perasan sekali dua di betis or ketiak, jadi Nini start scrub dulu dalam 2-3jam sebelum atau malam sebelum epilate. Selepas epilate, kalau rajin sapu ler aloe vera gel tapi sebab da biasa buat waktu wax dulu. Kalau xletak rasanya xpe kowt. Aksesori di sini sudah mencukupi bagi Nini sebab kita boleh trim, cukur dan epilate. Seller ada bagitahu kalau nak tukar apa2 aksesori boleh order melalui website terus. Setakat ni dah nak dekat setahun, epilator ni masih elok dan tidak berkarat.
Kesimpulannya, Nini memang recommend sangat2 untuk beli epilator ni. Selain mudah, dapat jimat duit jugak untuk long run. Dah x perlu beli wax bila dah habis, xperlu shave or susah2 nak cabut sehelai sehelai. Husband pun da berkenan sangat sebab sekarang slalu tangkap dia pakai Braun ni (shaver) senyap2. Xlama lagi kami nak beli mesin shaver laki punya pulak...
Bye!! Assalamualaikum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan