Selasa, 15 Disember 2020

MY CHOICE OF ALOE VERA GEL / KELEBIHAN ALOE VERA GEL

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Harini Nini nak membebel pasal aloe vera gel yang satu ketika dulu pernah viral sampai banyak betul produk tiruan yang keluar di pasaran. Setakat ni, Nini beli semua produk aloe vera di Watson atau Guardian je. X kuasa aih nak beli jenama pelik2 kat pasar. Pernah sekali terbaca kulit muka seorang perempuan tu pedih menggelupas pakai produk macam tu, BAHAYA tau! Beli lah yang diiktiraf, kan ke benda ni murah je. Nini pakai dah 5 tahun tapi tidak la try banyak pun jenama. 

Fungsi besau dia bg Nini 2 nie je:

1. MELEMBAPKAN KULIT

Kebaikan aloe vera gel ni kebanyakan nye adalah untuk melembapkan kulit. Tapi bagi Nini, properties yang di dalam gel ni selalunya tidak cukup dan perlu extra pelembapan dari produk pelembap lain especially untuk orang kulit kering. Untuk kulit berminyak pun sesuai untuk jangka masa pendek je. Jadi waktu siang boleh pilih gel pelembap yang lebih berat. Nini pakai Iunik Centella Calming gel sekarang.

 Nini selalu guna aloe gel ni untuk gantikan gel yang lain jika nak bagi kulit rehat ataupun bila masa Nini guna active ingredients untuk serum cth vitamin C serum atau retinol. Xnak overload skin dengan bahan2 aktif lain so boleh la guna gel ni sebagai pelembap.

2. BOLEH BANTU REDAKAN IRITASI

Aloe vera gel ni membantu dengan menyejukkan muka yang panas dan merah ( especially lepas baru sunburn, heaven jap ). Dia juga berfungsi untuk mengeringkan / kecutkan jerawat. Depends jugak la. Xdela seaktif ubat jerawat yang terus kering bila pakai semalaman, dia ambik masa sikit. Nini suka letak gel ni dalam peti sejuk so tiap kali nak pakai tu terasa sejuk nyaman  je. Ada yang claim boleh letak kat luka tapi untuk part ni, gel gamat lagi berkesan dari aloe vera gel ni. Pun sama, Nini beli gel gamat kat farmasi jugak. Memang berkesan even untuk gatal2 atau kering menggelupas melampau. 

MISEOUL ALOE VERA GEL ( WATSON  )


Aloe vera yang datang dalam tub ni punye la bersepah jenama famous viral time dulu. Lama gak pakai ni dalam 2 tahun jugak. Disebabkan dia datang dengan kuantiti yang banyak, agak lama masa nak habiskan satu tub ni dalam 6 bulan macam tu. Nini letak dalam peti sejuk so sentiasa sejuk dekat muka n dipakai sebelum tidur. Tekstur dia cair dan x berapa nak gel tapi lebih kepada air. Ambil sedikit masa untuk kering so bila pakai tu lama jugak la terasa basah kat muka. X melekit selepas pakai and fungsi melembapkan dan meredakan irritasi bagi Nini so-so je. Sesuai untuk kulit kering or sensitif yang baru nak try sebab dia x pedih langsung bila pakai. Nini akhirnya tukar sebab dia dalam tub asyik nak kena cedok jari nak amik. Hahha

FRUIT OF THE EARTH ALOE VERA GEL ( WATSON )



Ha, produk nie laku keras. Laku ke? Yang penting cepat nau habis kat farmasi, kadang2 sikit je stoknye. Yang ni lebih hygienic la kan picit2 je dari tub tu. Cumanya, pedih mata bila pakai sebab dia berangin tu sampai berair la mata ni. Kejap je, nanti dia okay tapi tu la. Jangan kena area mata dah la bila pakai ni, kompem g carik air basuh. Bila dah pakai, dia cepat kering tapi kering dia macam pakai mask kat muka. Muka terasa ketat terik tuh.. Pelembapan okay, memang meredakan irritasi n jerawat kecut lepas pakai gel ni semalaman. Tapi tu lah, nak menanggung pedih mata tu x berapa nak berkenan. Nini ade jugak pakai yg versi pink bunga rose tu tapi x berapa nak kaw keberkesanannya berbanding yang original ni. Aloe vera ni sesuai untuk sunburn, redakan merah muka, kecutkan jerawat. Kalau setakat nak lembapkan muka, better pilih aloe vera gel yang lain kowt.

GUARDIAN ALOE VERA GEL 



Saja sumbat ni dalam list, sebab yang ni punya la banyak sale and harga dia yang sangat murah buatkan Nini tertarik beli. Rasanya setiap household elok kowt ada nie selain dari gel gamat. Jika ada sunburn kat badan, kulit badan kering ke semua Nini terus sapu ni. X terasa rugi sebab harganya yang murah dan berpatutan. Gelnya ambik masa untuk kering dan meninggalkan rasa melekit sikit. Tapi okay je lama2 hilang jugak. Best pakai untuk melembapkan je, untuk fungsi redakan jerawat tu x berapa nak berkesan. Kalau gel ni, Nini suka letak dalam peti sejuk. 

DERMA HEALTH'S SKINLABS MOISTURISING ALOE VERA


Ni yang paling latest Nini pakai. Dah try Vit E concentration cream dari jenama yg sama, tu yg nak try aloe vera dia pulak. Rasanya setakat ni, aloe vera gel ni ticks semua fungsi2 yang Nini tulis kat atas tadi tu. Melembapkan, meredakan iritasi, jerawat pun nampak la kurang merahnya sikit lepas pakai ni. Nini mix aloe ni dengan aktif serum yang lain dan alhamdulillah setakat ni okay. Bangun pagi x berminyak dengan pakai aloe ni sahaja. Tekstur macam gel pekat dan cepat kering. Kulit jadi lembap lepas kering. Dia x terik macam fruit of the Earth, xde melekit macam Guardian Aloe Vera tu. Di hari malas, lepas cuci muka terus slap muka dengan aloe vera gel ni waktu malam da cukup. Settle. Hee...

Banyak lagi ni jenama yang nak try. Next Benton aloe propolis soothing gel sebab ada kandungan allantoin dalamnya. 

Walaupun aloe vera gel ni nampak simple, suprisingly banyak kelebihan nya. Nini rasa ni salah satu produk yang kita patut ada. Versatile boleh campur dengan apa2 produk, and enough if u just want to do a bare minimum ( sunscreen tu wajib eh kalau pakai waktu siang) . Anda malas hari tu? Pakai aloe vera gel je. Okay lah. Salam semua, semoga kulit kita nampak cantik dan disenangi orang sekeliling. 

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...