![]() |
Some By Mi Bye Bye Blackhead Green Tea Tox Bubble Cleanser |
Assalamualaikum beauty seekers... Kali ni Nini nak bagi review sikit tentang produk ni memandangkan da pakai 6 bulan jadi da eligible la kowt nak bg pandangan kan.. Sebelum tu, kulit Nini oily acne-prone skin. Huhu..
Nini beli produk ni dekat Shopee shipped directly from Korea untuk save costs. Sebenarnya beli SOMEBYMI AHA BHA PHA MIRACLE line tu yang selit sekali benda ni.
Nini beli dengan harga xsampai RM40 dah dapat satu full size bottle (120g). Sekarang line SomeByMi ni boleh didapati kat Watson dah! Tapi tu la, harga kat Watson mahal ui.. Xsilap tengok haritu beza dalam RM30 jugak la.. Memang x la nak beli kat sana. Maaf la Watson, i support u dengan benda lain eh.. Hahha
Cara penggunaan:
Nini pakai sekali atau kalau asyik pakai makeup dua kali dalam seminggu. Bagi Nini, AHA BHA PHA properties ni agak strong untuk dipakai hari2 dan boleh sebabkan kulit menggelupas. Ambil maklum yang AHA BHA PHA adalah exfoliating agent. So, Nini buat ni sebagai pengganti scrub ( compared to a more harsh scrub macam St Ives habis naik jerawat ) dan Nini alternate dengan lactic acid scrub ( a more gentler chemical scrub ). Orang yang kulit sensitif mungkin kena cuba trial version atau beli lactic acid chemical scrub sebagai permulaan.
Nini basuh dulu muka dengan tapwater (warm pun boleyy ) sebelum tido. Then, keringkan dengan face towel. Sapu cream ni di seluruh muka pastu tunggu selama 3 minit. Sebenarnya bila da letak tu da terus start bubble, tapi tunggu jela 3 minit kan. Then, Nini basahkan tangan dengan air and start massage muka dengan bubble tu. Dah rasa mcm bersih sgt2 tu boleh la bilas ngan air. Settle!
![]() |
Tu dia.. habis semua aq mosaic nk cover.. Ni la rupa bubble tu kat muka. Tyme ni terasa kat spa kejap. Hahha |
Directly lepas pakai kulit memang akan terus rasa bersih. Ni yang Nini rasa pada kali pertama penggunaan. Selain tu, muka nampak bright. My husband can vouch for this. Dia x tegang ( stretching feeling ) dan lembut je bila sentuh. Blackhead tu ada tapi berkurang. Mungkin kena guna dengan lebih kerap di hidung sahaja tapi Nini memang jenis x banyak blackhead yang prominent so xleyh bg detail review about that.
Kulit terasa togel la sikit sebab macam bersih sangat kan muka. So, Nini terus pakai moisturizer Simple dengan face oil / vit c powder. Tujuannya xnak kulit overproduce oil lak bila tido nanti. Bangun pagi xakan berminyak dan kulit nampak bersih sihat, cerah in terms clean and bright. Nak nampak makin putih tu x lah yer. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit muka Nini sekarang da makin kurang tumbuh jerawat. Tumbuh bila sampai waktunya (ehem ehemm) / pakai makeup lama sangat, atau waktu pakai sunscreen lama sangat berlecak bawah matahari. Nini pakai waktu malam je sebab dah memang rutin scrub ni Nini buat waktu sebelum tido. Jangan expect results dia sama macam pakai krim timbang kilo yer. Tu tempek hydroquinone mercury in excess bagai lain cerita.
Kesimpulannya:
Would I be buying this again? Absolutely. Sekarang da 6 bulan tapi ada lagi 1/3 lagi x abis. Means, sangat jimat kalau setakat RM40 dengan penggunaan lebih kurang 8 bulan.
Would I recommending this to others? Heck yeah.. Dah habis kawan n adik Nini g promote suruh beli. Hahha
Rating stars: 7.5/10 stars. Sebab kalau 10 tu means pakai terus berseri kulit mcm impossible kan.
Jadi, kalau korang masih tercari cari scrub yang sesuai, boleh la try produk ni yer.
Good luck! Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan