Jumaat, 3 April 2020

REVIEW RETREAT TO SEKEPING SERENDAH, SELANGOR




Assalamualaikum, n hye... wink wink

This post is dedicated for nature lovers looking for a quick gateway. Sekeping Serendah located at Rawang which kinda like an hour away from heart of Kuala Lumpur. Tempat ni sesuai untuk simple retreat, glamping style experience. Boleh refer kat site link attached for booking.

https://www.sekeping.com/serendah/home.html

Saya booking 3 bulan awal sebab nak kejar tarikh n bilik. The most famous room here is GlassBox 2 which can accomodate up to 2 person. Harga RM300 weekday and RM360 weekend untuk satu malam. Bayaran pulak separuh waktu booking. Nanti kita dapat confirmation email. Separuh lagi bagi cash bila kat bilik, bagi je dekat caretaker yang bawak kita ke bilik tu. Masa check-in dan check-out mcm biasa yer. Saya sarankan untuk pergi weekday so xdela cramp dengan org lain sbb selalunya weekend nie bilik semua fully booked and so kurang la sikit privacy fefeeling tempat tu kite punya kan.. Hihhi. Waktu ni saya pergi hari Selasa dan check-out hari Rabu. Memang xde orang langsung kecuali GlassBox 1 yang kitorang xpernah terserempak. Lels.. Bila mula2 sampai, memang dia akan tutup pagar besar tu, just ring the bell. Nanti ada orang datang bukakan pintu and boleh parking kereta kat dalam.







Dalam bilik 
  • Mini fridge : They works well. Setakat nak letak barang kita marinated foods and air tu okay la. Tapi aiskrim tu kompem cair. Huu
  • Mini oven : We use it the next morning for our breakfast. Panaskan roti or makanan x habis semalam.
  • Water heater : Good sebab boleh masak air panas. Yeay! Dia ada bagi Nescafe and Milo stick jugak.
  • Kipas berdiri pendek: Its a bit hot bila waktu tengahari tapi xdela sampai berpeluh sebab duk tengah hutan kan.
  • Water heater shower : Kadang2 jadi kadang2 x. Rasanya mcm ni, mula2 mandi je panas pastu da sejuk balik. Hahha, okay la.. x complain pun
  • Sabun : Xyah bawak dah sabun basuh pinggan sebab dah diberi yer. Tapi kalau korang rasa was2 ke ape, suke hati la nak bawak pun. Utuk toiletries , sila la bawak. Xsilap saya ada bodywash tapi saya x guna.
  • Cutlery: Dah diberi tapi memang 2 set semuanya. Gelas, pinggan, sudu, garfu, cawan. Saya sarankan bawak lebih and bawak pinggan pakai buang. Senang. Pisau pun ada, tapi saya bawak je satu.
  • Towel: Diberi jadi xyah bawak dah. Berat beg nanti sebab nak naik ke bilik tu mendaki sikit dengan walkway mcm dalam gambar tu. Hihhi
  • Coffee table: Disediakan so xdela duduk bersila nanti.
  • Saya bawak lampu suluh portable from DIY. Best n membantu.
Bilik nie open concept. With that being said, it means all is out in open. Saya cerita bilik dulu yer. Bilik ni glass all around but thankfully they have curtain untuk cover bila nk tidur or tukar baju. But, siling dye ada la sikit simen slab kat tengah2. Tepi2 still glass. Malam tu pulak hujan, lagi la bunyi ranting and daun tu kuat. Hahha. Thankfully saya n husband tido just fine, xde kena kacau ke apa. Xtahu la kalau org lain rasa apa plak yer. Huu. Tandas dia pun open. Means tandas n shower tu memang mengadap terus ke pokok2. X ada pintu yer kat tandas n shower room. They are cleverly designed so that our privacy is still protected with greens jadi xyah risau la kalau orang nampak ke sebab saya rasa terlindung. Kita duk tinggi di atas n ada wall between walkway n pintu masuk ke GlassBox2. Sinki depan tandas and dekat sini kita boleh basuh pinggan semua.

Di sini diorang x sediakan makanan jadi kita kena bawak makanan siap2. Saya simple je. Bawak marinated foods (daging/lamb/chicken/sausage), bread, KFC ( coleslaw n mash potatoes ), n carbonated drinks. Dah cukup da untuk dinner n breakfast. Untuk BBQ, kita x perlu bawak apa2. Sampai je kat bilik, kita boleh inform the caretaker yang kita nak BBQ jam berapa n they'll prepare it all. Kita tinggal masak je nanti. Loceng pun ada disediakan untuk dibunyikan kalau kita ada apa2 masalah. Saya sarankan untuk letak tong sampah dalam bilik sebab nanti bila bau daging/ makanan, akan ada anjing datang merayap cari makanan. Anjing tu x agresif pun, but saya takut so yeah. I am being very careful with my trash so they wont get smelly and attract more bugs or fly.

Untuk amenities lak, petang tu saya jalan2 seluruh tempat tu. Best and sangat menenangkan. Ada dua kolam renang ( air bukit kowt sebab SEJUKKK ). Salah satu design dia mcm infinity pool and satu lagi biasa je tapi dua2 tu ada keistimewaan nya sendiri. 


Nie pool 2 berdekatan dengan 'warehouse'. Design dia mcm infinity pool so best sangat mandi waktu petang first day check in. We are looking for something cool and refreshing jadi kolam ni yang paling sesuai. Ada tempat mandi budak kat hujung so xyah risau, x dalam pun. Untuk bhg adult pun saya rasa x dalam sgt. Look, saya pergi waktu xde lgsg orang jadi sgt best becoz we got this place all on our own. Hee.....

This is pool 1 berdekatan dengan 'mud shed' dan 'timber'. Lagi selamat untuk family recreation. Dia berdekatan dengan kitchen, lagi banyak meja n kerusi disediakan compare dengan pool 2. Pool ni lebih terbuka xde daun2 tutup di bahagian atas jadi saya prefer pool ni waktu pagi second day mandi before check out. Sebabnya, matahari pancar direct kat sini buatkan airnya sangat cantik and sesuai mandi di waktu pagi. Tenanggg je.

Disebabkan waktu saya pergi xde orang, saya dapat privilege untuk scout semua bilik especially warehouse bilik rumah yang paling besar. Ade running tree kat tengah2 rumah tu. Memang cantik and sangatttt sesuai untuk keluarga besar. Lokasi pun menarik sebab dia betul2 depan infinity pool(kolam 2). Nak details map boleh refer pada website dia yer. Saya jalan2 seluruh tempat tu x sampai setengah jam pun.   Kiranya tempatnya xdelah besar sgt. tapi sebab banyak menyinggah so kira boleh jadikan aktiviti jugak. Hihhi.
Maksud dragon walks tu, kirenye walkway seprti dalam gambar. Tinggi tiada railing di kiri kanan. Bahaya untuk budak2 jadi better pilih bilik atau rumah yang ada jalan tu.

Untuk Internet access, nan hado.. Jadi sekarang waktu yang sangat sesuai untuk fokuskan pada diri sendiri and the other half. Husband pakai Umobile, line memang payah. Saya pakai Unifi, internet slow sangat. Boleh Whatsapp dan scroll FB on minimum level. Hahha. Xpela, yang penting boleh call kan. Senang in case emergency.

Kesimpulannya, sangat best kalau nk honeymoon tp xnk penat sangat and jauh dari KL. Tapi saya xpergi dah next time. Cukup sekali sebab banyak lagi tempat nak try.. Tempat yang lagi murah tapi x tulis dlam blog lagi ialah Hideout di Hulu Langat. Kalau saya rajin saya akan pos yer. 

Bye! Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...