Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Allahu, lama x update mengenai progress pembelian rumah undercon ni. Sebabnya, Nini baru nak mula bayar progress rumah.. Sedihnya sebab bank disburse duit lewat 35hari dari tarikh akhir SnP (3bulan). Kelewatan ni semua berpunca dari lawyer yang menguruskan perjanjian dengan bank. Disebabkan PKPB dan PKPP, semua urusan dengan pejabat kerajaan perlu dibuat appointment jadi semua urusan terlewat. Lebih2 lagi urusan dengan pejabat tanah. Sedih risau semua ada berapa la agak agaknya penalty yg akan dikenakan bila nak amik kunci uma nanti. Katanya kita boleh mintak waive, atau kurangkan dan lawyer juga dah setuju untuk bgi kronologi events untuk supporting document. But let be honest, kuat mana la sangat surat tu kan. Plus, lawyer tu pun lawyer yang ditanggung oleh pemaju. Nampaknya, akan ada satu lagi entry pengalaman "trying to waive penalty fees' ni.
Bank Maybank memang buat kerja cepat. Lawyer pass ke bank hari Isnin 21hb September dan Rabu tu bank terus disburse. Bank buat keja cepat, lawyer LEMBAB! Anyway lepas bank disburse pada 23hb September (35days late!) bersamaan 65% development progress, akan bermula la potongan bayaran progress interest payment. Maka bermula la episod Nini bayar interest loan rumah. Potongan dilakukan terus pada 1 Oktober dengan tambahan bayaran yuran pemprosesan sebanyak RM200. Disebabkan baru 8 hari bank disburse duit, bayaran masih lagi rendah.
CARA KIRA BERAPA KENA BAYAR UNTUK PROGRESSIVE INTEREST PAYMENT:
Cara kira ni berdasarkan harian, dalam kes Nini untuk Bulan 9 baru ada 8 hari( dari 23hb ke 30hb )
Maybank loan berapa dah disburse X current interest rate X hari / 365 = Bayaran progress
Nak tahu berapa bank da disburse boleh tengok dekat apps Maybank2u di bahagian loan. Interest rate yg dikenakan semua ada kat situ. Yang ni yang diajar oleh pihak bank kepada Nini. Kire mcm lebih kurang la. Kalau beza pun setakat seringgit dua. Hahha.
Contoh kalau bank disburse 300k, dengan interest 4% boleh kira
300000 X 4% X 8HARI / 365 = RM263
Untuk bulan pertama, kena tambah processing fees RM200. Jadi bulan ni Nini bayar RM463 . Begitu la kiraannya.
Untuk bulan November pulak akan bertambah la sebab dah sebulan kan.
Contoh kiraan bayaran 1 November: ( Oktober ada 31hari )
300000 X 4% X 31HARI / 365 = RM1019.18
Jumlah bayaran kena bayar tapi dah xde ler processing fees tu(one off ) kan.
Ha, macam mana? Faham x? Terduduk jugak la kena bayar progress rumah. Itulah realitinya bila kita beli rumah underconstruction ni. Apa yang kita bayar ni hanyalah progressive payment interest yer. Kita x bayar pun rumah kita sebenarnya ( principal amount & interest loan amount ) . Ini hanyalah bayaran interest sebab bank dah tolong bayar bagi pihak kita kepada pemaju walhal rumah x siap lagi. Sebab tu lah, bila nak beli rumah undercon kena pikir banyak. Mampu x nak bayar dua rumah serentak? Yakin x pemaju tu boleh siapkan projek tu tanpa terbengkalai? Nini dan suami alhamdulillah pindah rumah sewa ke rumah yg paling murah (sewa RM450 / sebelum ni RM800) untuk persediaan kami. Hahahaha. Xdelah sedih sangat, ni semua pengalaman hidup kami nak masuk rumah baru nie ha.
Jangan fikir downside je, fikir positif jugak. Advantage grab rumah awal ni, dapat beli dengan harga yang rendah sikit berbanding beli rumah yang dah siap. Rumah pun makin lama makin mahal. Selain tu, ada banyak masa untuk prepare masuk rumah baru ni dari segi kewangan dan mental. Boleh kumpul duit sikit2 untuk masuk renovate rumah nanti. Boleh usha slow2 tempat2 yang murah dan berpatutan untuk beli lampu, pintu, kontraktor semua lah.
Haritu jalan2 tengok kawasan rumah, hutan belukar dah dibersihkan. Rumah pun dah naik pagar dah pasang pintu semua. Rasa bahagia kejap sebab ni la tempat rumah yang akan diduduki sampai tua. Yang x bahagia pikir kena bayar uma je mahal nau. Hahha..
K la. Sampai sini je Nini bebel. Pikir lah sedalam dalamnya sebelum beli rumah. Next part Nini akan masukkan entry bila nak amik kunci le pulak yer. Yang ni mungkin awal tahun depan lah kowt. Nini doakan, semua org mampu untuk beli rumah sendiri, duduk rumah sendiri.
Nak baca part sebelum ni:
Assalamualaikum.