Isnin, 28 September 2020

REVIEW : LOREAL INFALLIBLE 24HR PRO-MATTE FOUNDATION

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera beauty! 

Sekian lama x review foundation, harini Nini nak bg review untuk my next favourite foundation after Revlon (full makeup) and Maybelline Fit Me!(daily makeup).

Nini sekarang pakai dalam shade 106 (sun beige), memang sesuai sangat la dengan shade muka Nini yang gelap manis nie. Hahha. Foundation ni boleh beli kat farmasi macam biasa dengan harga dalam RM70. Ofcourse Nini beli time ad promotion makeup 40% tu. Foundation ni didatangkan dalam bentuk tube dengan jumlah 30ml (standard size). Yang best sangat mengenai packaging dia ialah tube nipis dan ringan dalam plastik. Senang sangat untuk travel. Jadi foundation ni memang Nini bawak untuk travel luar negara, dalam negara, or bila balik kampung. Naik flight pun xde masalah dengan tube sekecil ni. 

Finishing foundation ni of course matte. Ada lagi satu yang glow tapi sebab kulit berminyak, Nini memang akan sentiasa opt for a matte foundation. Foundation ni x ada SPF jadi bolehlah dipakai pada waktu malam kompem xde flashback. 

Teksturnya krim macam biasa, tapi sangat ringan di kulit. X terasa macam pakai cream tebal seperti sesetengah yang lain. Memang true sangat bila dia claim lightweight! Foundation ni agak cepat setting up so Nini sentiasa apply sikit sikit dan ratakan supaya dia x set terlalu awal. Kalau xnak set dengan powder selepas foundation pun dah boleh sebab bila dah habis ratakan kat muka, akan terasa seperti bedak instead of creamy. Jadi, bolehlah kurangkan penggunaan bedak dan proceed terus ke bronzer dan blush ☺☺☺Disebabkan dia bertukar jadi ringan di kulit dan transform macam powdery-feel, produk ni memang akan clingy dekat kulit muka especially for those yang kulit kering atau kulit menggelupas. Foundation ni sangat tidak sesuai untuk orang yang ada masalah kulit menggelupas dan kering tau sebab nanti akan nampak lebih ketara pori kulit dan sel kulit mati. 

Bagi nini foundation ni x oxidizes sebab xde pulak Nini perasan kulit jadi gelap sikit ke apa. Cantik je terletak kat muka.

Ketahanan nya boleh tahan, dengan muka still flawless dalam 5-8 jam bergantung aktiviti sebab muka Nini berminyak. Lol. Xpernah pakai full 24hr so xboleh la bg opinion on that. Yang penting, finishing look adalah natural dan nampak fresh and bright. Makcik selalu tanya kakak (me) pakai apa nampak natural gitew..✌✌❤ Coveragenya seperti yang diberitahu, medium buildable. Bagi Nini, coverage nya light to medium je, x akan ke full coverage jadi masih akan nampak parut hitam yang lama atau prominent. Foundation ni sesuai untuk natural look ( the look we are going for especially during travel). Dia x akan settle dekat laugh line and pakai sebagai base primer kat mata pun macam okay sebabkan teksturnya. (REVLON xleyh sebab kompem nampak line double lid tu. Huu)

Kesimpulannya, foundation ni sangat sesuai jika anda seorang yang pakai mimimal makeup, atau nak bawak foundation yang easy during travel. Sangat mudah, ringan, dan hygenic. Copek ler g beli, tahan lama uii....

Bye!!


Selasa, 15 September 2020

REVIEW SOMEBYMI Bye Bye Blackhead

Some By Mi Bye Bye Blackhead Green Tea Tox Bubble Cleanser
Some By Mi Bye Bye Blackhead Green Tea Tox Bubble Cleanser

 Assalamualaikum beauty seekers... Kali ni Nini nak bagi review sikit tentang produk ni memandangkan da pakai 6 bulan jadi da eligible la kowt nak bg pandangan kan.. Sebelum tu, kulit Nini oily acne-prone skin. Huhu.. 

Nini beli produk ni dekat Shopee shipped directly from Korea untuk save costs. Sebenarnya beli SOMEBYMI AHA BHA PHA MIRACLE line tu yang selit sekali benda ni.

Nini beli dengan harga xsampai RM40 dah dapat satu full size bottle (120g). Sekarang line SomeByMi ni boleh didapati kat Watson dah! Tapi tu la, harga kat Watson mahal ui.. Xsilap tengok haritu beza dalam RM30 jugak la.. Memang x la nak beli kat sana. Maaf la Watson, i support u dengan benda lain eh.. Hahha

Cara penggunaan:

Nini pakai sekali atau kalau asyik pakai makeup dua kali dalam seminggu. Bagi Nini, AHA BHA PHA properties ni agak strong untuk dipakai hari2 dan boleh sebabkan kulit menggelupas. Ambil maklum yang AHA BHA PHA adalah exfoliating agent. So, Nini buat ni sebagai pengganti scrub ( compared to a more harsh scrub macam St Ives habis naik jerawat ) dan Nini alternate dengan lactic acid scrub ( a more gentler chemical scrub ). Orang yang kulit sensitif mungkin kena cuba trial version atau beli lactic acid chemical scrub sebagai permulaan. 

Nini basuh dulu muka dengan tapwater (warm pun boleyy ) sebelum tido. Then, keringkan dengan face towel. Sapu cream ni di seluruh muka pastu tunggu selama 3 minit. Sebenarnya bila da letak tu da terus start bubble, tapi tunggu jela 3 minit kan. Then, Nini basahkan tangan dengan air and start massage muka dengan bubble tu. Dah rasa mcm bersih sgt2 tu boleh la bilas ngan air. Settle!

Tu dia.. habis semua aq mosaic nk cover.. Ni la rupa bubble tu kat muka. Tyme ni terasa kat spa kejap. Hahha

Kesan:

Directly lepas pakai kulit memang akan terus rasa bersih. Ni yang Nini rasa pada kali pertama penggunaan. Selain tu, muka nampak bright. My husband can vouch for this. Dia x tegang ( stretching feeling ) dan lembut je bila sentuh. Blackhead tu ada tapi berkurang. Mungkin kena guna dengan lebih kerap di hidung sahaja tapi Nini memang jenis x banyak blackhead yang prominent so xleyh bg detail review about that. 

Kulit terasa togel la sikit sebab macam bersih sangat kan muka. So, Nini terus pakai moisturizer Simple dengan face oil / vit c powder. Tujuannya xnak kulit overproduce oil lak bila tido nanti. Bangun pagi xakan berminyak dan kulit nampak bersih sihat, cerah in terms clean and bright. Nak nampak makin putih tu x lah yer. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit muka Nini sekarang da makin kurang tumbuh jerawat. Tumbuh bila sampai waktunya (ehem ehemm) / pakai makeup lama sangat, atau waktu pakai sunscreen lama sangat berlecak bawah matahari. Nini pakai waktu malam je sebab dah memang rutin scrub ni Nini buat waktu sebelum tido. Jangan expect results dia sama macam pakai krim timbang kilo yer. Tu tempek hydroquinone mercury in excess bagai lain cerita.

Kesimpulannya:

Would I be buying this again? Absolutely. Sekarang da 6 bulan tapi ada lagi 1/3 lagi x abis. Means, sangat jimat kalau setakat RM40 dengan penggunaan lebih kurang 8 bulan.

Would I recommending this to others? Heck yeah.. Dah habis kawan n adik Nini g promote suruh beli. Hahha

Rating stars: 7.5/10 stars. Sebab kalau 10 tu means pakai terus berseri kulit mcm impossible kan.

Jadi, kalau korang masih tercari cari scrub yang sesuai, boleh la try produk ni yer.

Good luck! Assalamualaikum.


Isnin, 14 September 2020

PERCUTIAN KE CHERATING, PAHANG

RIMBUN DAHAN TURTLE HATCHERY
ROYALE CHULAN CHERATING CHALET

LAGUNA SEAFOOD RESTAURANT

KEROPOK LEKOR POK DIE

KEDAI NASI BUDU - ANI SELERA KAMPUNG

WARUNG AZIZ SATA

Assalamualaikum,

Jarang-jarang sekali update blog pergi bercuti. Kali ni update sebab staycation haritu rasa best dan nak encourage orang untuk bercuti ke sana. Hihhi... Kebanyakan orang KL ni akan ke Port Dickson ( Grand Lexus ) tapi memandangkan saya sendiri berasal dari sana, rasa sangat bosan bila lalu pantai sana. Dah lama x staycation waktu musim PKP jadi ini macam percutian yang da lama overdue.. Abis punah plan nk g oversea atau sabah sebab Covid.. 2020 ni mencabar nauuu..... 

Sebenarnya ada hal tugas di Chukai, tapi memandangkan suami x pernah sampai ke Cherating so amik la cuti 2 hari untuk stay di Royale Chulan Cherating Chalet 2 hari 1 malam. Chalet yer, bukan Villa.. Lain sangat2 harga villa dan chalet ni. Boleh ke website Royale Chulan sendiri untuk urusan booking, Agoda atau Booking.Com. Tapi saya cadangkan ke Agoda sebab beza harga dalam RM30 jugak la..  

Percutian 2 hari 1 malam di tengah2 minggu hari Selasa dan Rabu. Banyak pro n cons. Adui, xpela. Nama pun bercuti, jangan stress naa.... Hari Selasa bertolak lepas agak2 habis jem jam 9 pagi... Naik terus highway tapi nak keluar dari KL ni agak azab la. Dah naik LPT lega pandang pokok je sampai exit Jabor. Kami sampai dalam jam 2 petang and disebabkan late breakfast jam 10.30pg di RnR Highway Mex, kami decide untuk tidak lunch. Kami terus ke Turtle Sanctuary tpi malang betui dia boleh tutup betul2 pada hari kami pergi selama seminggu untuk penyelenggaraan. Yang ni oleh kerajaan jadi masuk free je untuk tengok exhibition semua tu. Xpela, kami terus call Rimbun Dahan Turtle Hatchery. Alang2 xpernah pegang penyu kan, terus book untuk baby turtle release program jam 5.30 ptg. Tiap2 hari ada, n start jam 5.30ptg ke 6 ptg. Harga pulak RM30 satu kepala. Ya Allah, memang x rugi langsung. Dapat merasa pegang baby turtle lepaskan ke laut tu satu pengalaman yang x akan dilupakan. Dah la cute! Mereka ni private company yang beli telur penyu dari orang kampung untuk diperam and tunggu sampai menetas sebelum dilepaskan. Jadi, duit yang dapat dari sesi lepaskan penyu ni la buat rolling modal untuk beli telur penyu. Bagus betul diorang ni, rasa berbaloi gak la RM30 tu. Hee...




REVIEW PURITO PURE VITAMIN C SERUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...  Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Ko...