Dah bersawang blog nie.. Fuh fuhhh, tiup sikit. Harini nak cerita mengenai satu produk dari Korea iaitu PURITO Pure Vitamin C Serum.
Nini venture ke vitamin C sejak umur dah makin meningkat dan bila mula cakna dengan produk skincare. Hahha.. Vitamin C serum banyak kebaikannya, antaranya:
1. Mengurangkan kedutan wajah
2. Meningkatkan produksi kolagen dan melindunginya.
3. Membantu dalam penyembuhan kulit.
4. Membantu melindungi wajah dari kerosakan yang disebabkan oleh matahari.
5. Mengurangkan hyperpigmentation (jeragat ler senang citer, atau parut cepat gelap)
6. Meratakan dan mencerahkan tona wajah. (lebih pada glowing, bukannya memutihkan wajah yer)
Jadi, sebab ni la Nini mula usha dan kenalkan vitamin c serum pada muka. Ingat yer, bila baru nak kenalkan pada muka nie jangan rushing. Slow slow gitew.. Sebabnya boleh buatkan kemerahan atau kering yg teruk. Jadinya, concentration yang elok dikenalkan pada permulaan ialah 10% concentration. Dah habis sebotol, boleh la naikkan 15% sampai la 20%. Bila nak beli jugak pastikan packaging botolnya gelap atau frosted sebab vitamin c dalam bentuk liquid or cream sangat la mudah nak oxidizes. Bila oxidize, mula la die punye keberkesanannya pun kurang. Nyampah, bukan murah nk beli sokmo. Hahha. Jadi, disarankan simpan dalam tempat gelap dan sejuk atau dalam peti sejuk terus.
So, anyway Nini pun beli la Purito ni sebab die ade 10% concentration dan yang lain lebih pada hydration. Vitamin C boleh sebabkan muka kering jadi jangan pakai benda nie sahaja. Pastikan kita pakai basic skincare yang lain kalau nk incorporate benda ni dalam rutin. Jangan tinggal moisturizer kang esoknya merah kulit atau kering sangat. Berhuhu ler..
* Mengurangkan kedutan
* Menaikkan seri dan tona wajah
* Mengurangkan sunspots / bintik hitam
* Mengurangkan dark circle
* Menganjalkan dan melembutkan kulit
* Mengurangkan parut jerawat
Nini pakai waktu malam je sebelum tidur dan disusuli dengan pelembap aloe vera yang dicampur dengan face oil. Memang lembap habis dah tu. Pastikan nak campur vitamin C nie dengan pelembap yang kaya dengan hyaluronic acid dan tiada bahan active yang lain macam AHA, BHA, PHA atau retinol.
PENGALAMAN NINI ( KULIT MUKA NINI JENIS BERMINYAK )
Tekstur vitamin C ni cair macam air dan warna sedikit kekuningan. Pump sekali dah cukup untuk Nini. Senang nak pat dan cepat serap ke muka. Mula mula pakai rasa mcm pedih ( tingly ) sikit tapi kejap je. Dah biar seminit dua baru Nini pakai pelembap. Kalau pakai kat kulit yang ade luka memang pedih la. So, pastikan xde luka kesan korang kopek jerawat atau kesan cakar kucing ( experience sendiri 👅 , hahahaha ). Keesokannya muka elok je xde kesan sampingan. Kire okay la kowt. Kulit x kering dan rasa macam anjal sikit. Nini memang akan pakai sunscreen pun tapi korang jangan skip yer. Kalau xrajin pakai, sila lah pakai. Pakai selang sehari waktu malam, pastu Nini pakai tiap malam. Dah lama2, kulit pun dah okay boleh la pakai pagi dan malam. Bila pakai siang tu, wajib couple dengan sunscreen. Nanti macam sia2 pakai dah xde fungsi.
Nini rasa kulit memang makin cerah lepas sebulan pakai. Die macam glowing gitu. Garisan halus x nampak sangat dan muka terasa plump. Walaupun parut jerawat tak hilang sepenuhnya, tapi muka tak nampak kusam. Bagi Nini dia x membantu sangat dalam megurangkan kesan jerawat tu. Dah suggest pada kawan dan dia pun vouch okay siap beli untuk maknye pulop. Kulit muka dia x nampak kusam bila kitorang facetime. Hee hee....
Yang x bestnya, bagi Nini dia masih cepat oxidize walaupun Nini dah sehabis baik jaga letak dalam peti sejuk. Dah mula nampak oren bila dalam 2 bulan kemudian. Nini pakai je, takkan nak buang pulak kan. Memang tahan lama sebab 60ml kan. Nini suggest pakai semua ni dalam 3-4 bulan walaupun botolnya kata 6 bulan.
Konklusinya, produk ni bagus untuk jadi produk permulaan pengenalan vitamin C pada kulit. Tapi lepas habis sebotol ni, Nini x akan beli dah. Nini nak grad naik satu tangga. Hahha.. Next, nak try Vitamin C yang lagi tinggi concentration samada 15% atau 20%. Dah aim brand mana nak pakai tapi nanti la. Dah pakai, dah try baru review yang tu pulak.
Okay la para jelitawan, sampai sini sahaja. Terima kasihhhhhhh....